Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mim.bar] | منبر

Definisi : 1. Ar sj pentas atau panggung di dlm masjid tempat berkhutbah; 2. Id ruangan (dlm surat khabar dll) tempat melahirkan fikiran atau pendapat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mim.bar] | منبر

Definisi : 1 pentas atau panggung di dlm masjid tempat berkhutbah. 2 ruangan dlm akhbar dll yg dipenuhi dgn pendapat drpd pembaca. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mimbar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIMBAR INDONESIA

MIMBAR INDONESIA, majalah umum.  Mimbar Indonesia diterbitkan pada                          10 November 1947 oleh Yayasan Dharma, Jakarta.  Majalah ini lahir di tengah-tengah perjuangan rakyat Indonesia melawan kolonial Belanda, tiga bulan setelah Belanda menguasai kembali Republik Indonesia.  Majalah ini sangat kuat menyuarakan perjuangan melawan Belanda.  Yayasan Dharma juga menerbitkan akhbar Mimbar Indonesia dan majalah Zenith.

SASTERAPenerbitan
MIMBAR

Mimbar ialah pentas di dalam masjid tempat berkhutbah.  Mimbar merupakan salah satu elemen yang amat penting dalam sesebuah masjid.

KEJURUTERAANAlat/Alatan
SENI KHAT

Seni khat ialah seni tulisan huruf Jawi yang

mengandungi nilai keindahan dan gaya estetik.

Seni khat dibentuk menjadi memanjang,

memendek, membulat, membujur, merentang,

menegak, bersegi, condong dan sebagainya. Ayat-

ayat al-Qur’an, hadith-hadith nabi dan kata-kata

hikmat sering kali dipetik dan dijadikan penulisan

khat. Keindahan seni khat bukan sahaja

dirakamkan atas kertas seperti tulisan al-Qur’an,

kitab dan surat tetapi juga atas kain, kulit, logam,

tembikar, kaca, batu nisan, kayu, mimbar,

mahkota dan plastik. Seni khat ini boleh

dirakamkan dalam bentuk sulaman, anyaman,

tekatan, lukisan, dan sebagainya. Penemuan

terawal seni khat di Malaysia ialah yang terdapat

pada batu bersurat Terengganu pada tahun 1303.

UMUM 
AOH K. HADIMADJA

penulis Indonesia.  Dia lahir pada 15 September 1911 di Bandung, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Aoh Kartahadimadja.  Dia mendapat pendidikan di Meer Uitgedreid Lager Onderruvijis (MULO).  Aoh pernah bekerja di perkebunan Parakan Salak, Sukabumi, Jawa Barat, Pusat Kebudayaan, di Jakarta, Balai Pustaka, Mimbar Umum, Medan (1950-1952), Sticusor Amsterdam (1952-1956), BBC London Bahagian Indonesia (1959-1970) dan PT Dunia Pustaka Jaya (1971-1973).

SASTERATokoh
BOKOR HUTASUHUT

BOKOR HUTASUHUT  (1934-     ), penulis Indonesia.  Dia lahir pada 2 Jun 1934 di Balige, Sumatera Utara, Indonesia.  Pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Atas Medan pada tahun 1956 (tamat Kelas Dua).  Dia pernah menjadi redaktur kebudayaan majalah Waktu  dan Pelangi  di Medan (1955-1962).  Kemudian dia dilantik sebagai Setiausaha Yayasan Sastra (1963-1966).  Ketika berlangsungnya Konperensi Kaeyawan Pengarang Se-Indonesia di Jakarta (1-7 Mac 1964), Bokor telah dilantik sebagai setiausaha agung.  Bokor mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1950-an.  Bagaiamapun, dia hanya produktif berkarya selama lebih kurang dua dekad sahaja iaitu hingga akhir tahun 1960-an atau awal tahun 1970-an.  Karya-karyanya terutama cerpen sering tersiar dalam majalah Kisah, Mimbar, Indonesia, Konfontasi, Cerita, Siasat dan Sastra.  Kumpulan cerpennya yang diterbitkan ialah  Datang Malam (1963).  Sedangkan novelnya pula ialah Penakluk Ujung Dunia (1964) dan Tanah Kesayangan (1965).  Cerita bersirinya yang berjudul Pantai Barat menerima Hadiah Kedua majalah Sastra  (1963) dan diterbitkan sebagai sebuah novel pada tahun 1988.

SASTERATokoh

Kembali ke atas