Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.mi/] | ميميق

Definisi : ark; termimik-mimik terkecap­kecap (ketika makan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.mi/] | ميميق

Definisi : memek II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.mi/] | ميميق

Definisi : meniru, mengajuk gaya, cara, dll seseorang atau sesuatu; kemimikan (Bio) keadaan sifat, ciri, dll se­suatu haiwan yg menyerupai sifat, ciri, dll haiwan lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.mi/] | ميميق

Definisi : rupa, gaya, cara, dll yg menyerupai rupa, gaya, cara, dll seseorang atau sesuatu: Drpd ~ mukanya, kita tahu bahawa dia dlm kesedihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mimik
Kata Terbitan : memimik,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIMOS

Mimos ialah berlakon tanpa kata-kata. Perkataan

bahasa Inggeris mime berasal daripada perkataan

Yunani yang bermaksud semua mimik. Mimos

biasanya merujuk suatu lakonan pendek yang tidak

menggunakan perkataan. Pelakon bercerita dengan

menggunakan gerak isyarat. Mimos terkenal pada

tahun 1700-an dan tahun 1800-an.

UMUM 
KOMUNIKASI

Komunikasi ialah perkongsian maklumat atau

penyediaan hiburan melalui pertuturan, penulisan

atau kaedah-kaedah lain. Jenis komunikasi yang

terpenting kemungkinannya ialah komunikasi

peribadi, yang berlaku apabila seseorang

menyampaikan fikiran dan keinginan mereka

kepada orang lain. Manusia berkomunikasi melalui

banyak cara, termasuk melalui pertuturan, dengan

mengerakkan tangan, malah dengan membuat

mimik muka. Manusia juga menggunakan telefon

dan surat untuk berkomunikasi. Tanpa komunikasi

peribadi, ibu bapa tidak akan tahu keperluan anak-anak

mereka. Guru tidak dapat membantu murid

mereka belajar. Kawan tidak dapat merancang

bersama-sama. Manusia tidak dapat berkongsi

ilmu pengetahuan. Setiap orang perlu belajar

sendiri segala-galanya. Sebenarnya, manusia

berkemungkinan tidak dapat bertahan lebih lama.

UMUM 
BAKAT TV

BAKAT TV, pertandingan bagi mencungkil bakat baharu dalam semua bidang hiburan yang dibuat secara tahunan oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Bakat TV dimulakan pada tahun 1970 dan berakhir pada tahun 1981. Selepas itu, Bakat TV ditukar bentuk menjadi Bakat RTM. Pada tahun 1970, semua jenis bakat digabungkan dalam satu pertandingan iaitu nyanyian solo, nyanyian berpadu suara, solo instrumental, pancaragam, aneka persembahan (silap mata, mimik dan lawak jenaka), dan disiarkan di televisyen secara bersiri.

BUDAYAKegiatan

Kembali ke atas