Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.ne.ra.lo.gi] | مينرالوݢي

Definisi : kajian tentang mineral. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mineralogi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINERALOGI

Mineralogi ialah bidang geologi yang mencakupi kajian tentang sifat dan kejadian mineral.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIDisiplin Ilmu
NORDENSKJÖLD, NILS ADOLF ERIK

Nordenskjöld, Nils Adolf Erik (1832–1901),

Baron Nordenskjöld, adalah peneroka kutub

Sweden , ahli mineralogi dan pihak berkuasa peta.

Pada tahun 1878 dan tahun 1879, dia menjadi orang

pertama belayar merentasi Laluan Timur Laut di

antara Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik. Dia

belayar di sepanjang pantai utara Eropah dan Asia.

Pengembaraan ini diabadikan di dalam bukunya,

Voyage of the Vega (1881).

UMUM 
STRZELECKI, SIR PAUL EDMUND DE

Strzelecki, Sir Paul Edmund de (1797–1873),

ialah penjelajah dan ahli sains Poland, yang

mendaki dan menamakan Gunung Kosciusko,

puncak tertinggi di Alps Australia, pada tahun 1840.

Dia berminat dalam bidang geologi dan mineralogi.

Strzelecki meneroka sebahagian besar New

South Wales serta Pulau Tasmania. Pada tahun 1839,

dia menemui sedikit logam emas berdekatan Hartley

dan Wellington, di New South Wales. Dia

menyatakan bahawa kawasan Bathurst

mengandungi emas dalam jumlah yang banyak. Pada

tahun 1840, dia pergi dari Gunung Kosciusko melalui

Gippsland ke West Port, dan Melbourne. Laluan yang

sukar membuatkannya meninggalkan kuda dan

sebilangan contoh-contoh geologi. Strzelecki lahir

berhampiran dengan tempat yang kini dikenali

Poznan´, di Poland. Dia mendapat pendidikan di

Warsaw, dan menganggotai angkatan tentera

Prussia. Dia sampai di Australia pada tahun 1839,

tetapi menetap di Britain pada tahun 1843.

UMUM 
SMITHSON, JAMES

Smithson, James (1765–1829), ialah ahli sains

British yang mengasaskan Institusi Smithsonian di

Amerika Syarikat. Dalam wasiatnya, dia memberi

lebih 500 000 dollar Amerika kepada Amerika

Syarikat untuk penubuhan sebuah institusi saintifik.

Kongres Amerika Syarikat menerima pemberian ini

dan, pada tahun 1846, menubuhkan Institusi

Smithsonian di Washington, D.C.

Smithson lahir di Perancis dan mendapat

pendidikan di Oxford University. Smithson terkenal

kerana penyelidikannya dalam bidang kimia dan

mineralogi. Salah satu mineral yang dikajinya

dikenali sebagai smithsonit (zink karbonat),

dinamakan sebagai penghormatan kepadanya.

Lihat juga Institusi Smithsonian.

UMUM 

Kembali ke atas