Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.no.ri.ti] | مينوريتي

Definisi : golongan kecil orang yg sama ketu­runan, agama, budaya, dsb yg tinggal di sese­buah tempat (negara, daerah, dsb) yg majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama, dsb: kaum ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.no.ri.ti] | مينوريتي

Definisi : golongan kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata minoriti


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUMPULAN MINORITI

Kumpulan minoriti ialah sekumpulan

orang yang berbeza dalam beberapa keadaan

daripada kumpulan utama dalam masyarakat.

Anggota kumpulan minoriti mungkin berbeza

daripada kumpulan utama yang juga dikenali

sebagai kumpulan dominan dari segi percakapan,

penampilan, dan amalan budaya. Kumpulan

dominan mempunyai kuasa politik dan ekonomi

yang lebih besar daripada kumpulan minoriti.

Dalam banyak kejadian, kumpulan dominan

mendiskriminasi kumpulan minoriti – melayan

mereka secara tidak adil. Kebanyakan anggota

kumpulan minoriti memiliki peluang politik,

ekonomi, dan sosial yang sedikit berbanding

anggota kumpulan dominan.

UMUM 
SYARIKAT PEMEGANGAN

Syarikat pemegangan ialah mana-mana

syarikat yang memegang majoriti ataupun minoriti

yang besar terhadap stok atau kuasa mengundi di

dalam sesebuah syarikat lain, cukup untuk

mengawal dasar-dasarnya. Syarikat pemegangan

boleh mengawal pelantikan pegawai-pegawai dan

boleh menetapkan dasar-dasar perniagaan.

Syarikat yang di bawah kawalan syarikat

pemegangan disebut syarikat subsidiari.

UMUM 
ALEXANDER III

Alexander III (1105–1181), dipilih menjadi paus

pada tahun 1159. Maharaja Rom Holy, Frederick I,

menyokong seorang antipaus yang bernama Victor

IV yang dipilih oleh sekumpulan minoriti kardinal.

Perselisihan antara maharaja dengan golongan paus

menyebabkan perpecahan antara golongan paus

yang membawa kepada terpilihnya tempat

golongan antipaus di sepanjang pemerintahan

Alexander.

UMUM 
KU KLUX KLAN

Ku Klux Klan ialah kumpulan kongsi gelap

orang kulit putih yang menentang sebarang kemajuan

orang kulit hitam, Yahudi, dan golongan minoriti

yang lain. Ku Klux Klan, juga dikenali sebagai

KKK atau Klan sahaja, aktif di Amerika Syarikat dan

Kanada. Ia kerap menggunakan kekerasan untuk

mencapai tujuannya.

UMUM 
MURUT MURUT, nama peribumi minoriti di Sabah, di Bahagian Kelima Sarawak dan di Kalimantan Indonesia. Perkataan Murut berasal dari Gunung Murut di Sarawak kerana pada keseluruhannya orang Murut tinggal di gunung tersebut.BUDAYABangsa/Suku/Kaum
PERWAKILAN BERKADAR

Perwakilan berkadar ialah satu sistem

memilih anggota dewan perundangan. Sistem ini

dirangka untuk memberi parti politik dalam dewan

perundangan kerusi menurut kadar bahagiannya

daripada jumlah keseluruhan undi dalam

pemilihan. Sistem ini juga menawarkan peluang

kepada calon parti minoriti supaya dapat dipilih.

Perwakilan berkadar mempunyai tiga ciri asas:

(1) tiga orang atau lebih ahli dewan perundangan

dipilih dari tiap-tiap daerah pada waktu yang sama;

(2) kertas undi dikira dengan cara khas untuk

memberikan setiap parti politik bahagian undi

yang dibuang; dan (3) biasanya terdapat lebih

daripada dua buah parti politik yang aktif. Unsur-

unsur ini terdapat dalam Sistem Senarai dan

Sistem Hare .

UMUM 
SMITH, IAN DOUGLAS

Smith, Ian Douglas (1919– ), menjadi Perdana

Menteri Rhodesia-yang kini dikenali sebagai

Zimbabwe – dari tahun 1964 hingga tahun 1978.

Setelah menjadi perdana menteri, Smith memohon

kemerdekaan Rhodesia daripada United Kingdom

(UK) di bawah perlembagaan yang membenarkan

segelintir minoriti kulit putih untuk terus

memerintah kaum kulit hitam dalam jangka masa

yang tidak pasti. Pihak United Kingdom tidak

bersetuju dan pada 11 November 1965, Smith

mengisytiharkan kemerdekaan Rhodesia tanpa

restu United Kingdom.

UMUM 
MUGABE, ROBERT GABRIEL

Mugabe, Robert Gabriel (1924– ), menjadi

ketua kerajaan Zimbabwe (dahulunya Rhodesia)

pada tahun 1980. Dia mengetuai parti politik

terbesar di negara tersebut iaitu Barisan Kesatuan

Patriot Kebangsaan Afrika, Zimbabwe (Zimbabwe

African National Union-Patriotic Front (ZANU–PF)).

Pada akhir tahun 1970-an, Mugabe membantu dan

memimpin puak nasionalis kulit hitam berjuang

untuk menamatkan

pemerintahan minoriti

orang kulit putih. Hampir

keseluruhan penduduk

Zimbabwe adalah orang

kulit hitam, tetapi orang

kulit putih menguasai

kerajaan dari tahun 1890

hingga tahun 1979. Lihat

Zimbabwe (Sejarah).

UMUM 
PENAN

PENAN, suku kaum yang merupakan satu minoriti etnik di negeri Sarawak.  Mereka adalah antara suku kaum yang paling awal menduduki Pulau Borneo.  Kini, suku kaum Penan mendiami di kawasan pedalaman daerah Belaga, Bintulu, Baram, Miri dan Limbang dengan jumlah penduduk lebih kurang 10, 000 orang.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
MELAYU DI THAILAND TENGAH

MELAYU DI THAILAND TENGAH, kelompok minoriti keturunan Melayu yang mendiami kawasan tengah negara Thailand, iaitu di Ayuthia, Bangkok-Thonburi dan juga sekitarnya.  Mereka adalah warganegara Thailand dan dikenal sebagai salah satu golongan Muslim Thai.  Kebanyakan mereka khususnya generasi muda tidak boleh lagi bertutur bahasa Melayu. 

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
12

Kembali ke atas