Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata minyak;

Puisi
 

Lumur minyak di kepala botak,
     Lagi baik minyak bijan;
Manakah gading yang tidak retak,
     Di manakah bumi tak timpa hujan.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Rasam air ke air,
     rasam minyak ke minyak.

Bermaksud :

Mencari atau kembali kepada golongannya masing-masing.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINYAK TUNG

Minyak tung ialah minyak yang didapati daripada

isirung biji tung. Pokok tung pada asalnya tumbuh

di Asia Timur, terutamanya di China. Minyak tung

juga dikenali sebagai minyak China-wood, minyak

Japanese-wood , atau sebagai minyak wood sahaja.

Minyak tung adalah satu daripada agen pengering

yang paling berkuasa. Minyak ini tahan terhadap

asid, alkali dan alkohol.

UMUM 
MINYAK JAGUNG

Minyak jagung ialah minyak yang dibuat

daripada isirung jagung. Ia digunakan terutamanya

sebagai minyak masak dan minyak salad, dan

dalam keluaran makanan seperti marjerin dan

kerepek kentang. Minyak jagung yang ditapis

berwarna kuning pucat.

UMUM 
MINYAK NILAM

Minyak nilam ialah minyak yang berbau kuat

yang digunakan untuk membuat minyak wangi.

Minyak ini datangnya daripada daun nilam, iaitu

anggota famili pudina. Daunnya dikeringkan dalam

cahaya matahari. Ia kadangkala dibiarkan mengalami

penapaian (perubahan kimia yang menguraikan

bahan terbentuk). Kemudian, stim dilalukan pada

daun untuk mengeluarkan minyaknya. Peladang

menanam nilam di China, India, Indonesia, Filipina,

dan Singapura.

UMUM 
MINYAK JARAK

Minyak jarak ialah minyak tidak berwarna yang

digunakan sebagai julap. Minyak yang baru adalah

jernih dan melekit. Minyak jarak merengsakan

dinding usus dan menyebabkannya berfungsi. Jika

digunakan terlalu kerap, ia boleh menyebabkan

sembelit. Minyak jarak digunakan sebagai ubat,

tetapi banyak proses perindustrian menggunakan

kebanyakan bekalan minyak ini.

UMUM 
MINYAK ATAR

Minyak atar, juga dikenali sebagai otto, iaitu

minyak pati yang didapati dengan melalukan wap

pada kelopak bunga. Minyak pati memberi

kewangian kepada bunga tertentu. Minyak atar

digunakan untuk memberikan bau kepada minyak

wangi dan kosmetik. Kebanyakan minyak atar

didapati daripada bunga ros. Minyak atar daripada

bunga ros dihasilkan terutamanya di Bulgaria.

Sebanyak kira-kira 1800 kilogram kelopak bunga

ros menghasilkan 0.5 kilogram minyak atar

daripada bunga ros. Pembuat minyak wangi

menghargai minyak atar ros dari Bulgaria kerana

bau bunganya yang kuat dan harum.

UMUM 
MINYAK PETITGRAIN

Minyak petitgrain ialah minyak kuning yang

dibuat daripada daun, ranting dan buah daripada

pokok oren pahit. Ia digunakan untuk membuat

minyak wangi. Paraguay membekalkan kira-kira

tujuh per sepuluh daripada minyak petitgrain di

dunia. Petitgrain bigarade, iaitu minyak yang lebih

berharga daripada minyak petitgrain, dibuat

daripada sejenis lagi pokok oren pahit. Petitgrain

birgarade dikeluarkan di negara-negara

Mediterranean.

Lihat juga Oren.

UMUM 
MINYAK SERAI WANGI

Minyak serai wangi ialah minyak kuning pucat

yang dibuat daripada rumput serai wangi. Serai

wangi tumbuh di China, Guatemala, Indonesia,

Malaysia, Sri Lanka, Taiwan, dan negara-negara lain.

Minyak serai wangi mengandungi citronellal dan

geraniol. Kedua-dua bahan ini mempunyai takat

didih yang berbeza, dan ia terasing daripada serai

wangi apabila minyak ini disuling. Minyak serai

wangi digunakan untuk membuat ramuan minyak

wangi sintetik. Geraniol berbau seperti bau ros dan

digunakan dalam pembuatan minyak wangi.

UMUM 
AISKRIM

Aiskrim ialah makanan beku yang popular.

Secara tradisional, ia dibuat daripada produk susu,

gula, dan air. Tetapi di beberapa buah negeri,

minyak sayur-sayuran seperti minyak sawit, minyak

kelapa, minyak kacang, dan minyak biji sesawi,

boleh digunakan sebagai ganti lemak tenusu.

UMUM 
SYAL MINYAK

Syal minyak ialah batu endapan yang lembut

dan berbutir halus. Daripada syal minyak

diperoleh minyak dan gas asli. Syal minyak terdiri

daripada lapisan kelodak berwarna coklat muda

dan lapisan kerogen yang lebih gelap, iaitu bahan

organik berlilin yang berasal daripada tinggalan

alga biru-hijau dan jirim hidup yang lain.

Mendapan batu syal yang banyak terdapat di

selatan Brazil, timur laut China, Estonia, Sweden,

dan Amerika Syarikat.

UMUM 
MINYAK BIJI KAPAS

Minyak biji kapas ialah minyak yang boleh

dimakan, yang diperbuat daripada biji kapas. Ia

digunakan terutamanya untuk membuat masak

lelemak dan marjerin, dan sebagai minyak masak

dan minyak salad.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas