| QATAR | Negara pengeluar minyak dan gas di Timur Tengah. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| PETROLIAM NASIONAL BERHAD (PETRONAS) | Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) ialah syarikat minyak dan gas negara yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Ditubuhkan pada 17 Ogos 1974, PETRONAS diperuntukkan hak milik dan pengawalan sepenuhnya ke atas semua sumber minyak dan gas Malaysia, mengikut Akta Kemajuan Petroliam 1974. Sejak penubuhannya, PETRONAS telah mempelbagaikan kegiatannya daripada usaha eksplorasi minyak serta gas di peringkat huluan kepada aktiviti penapisan minyak, pemprosesan, pencecairan dan penyaluran gas asli; pengeluaran petrokimia; pemasaran dan pengangkutan di peringkat hiliran. PETRONAS mempunyai kepentingan perniagaan di lebih daripada 30 buah negara. Sehingga akhir bulan Mac 2002, kumpulan PETRONAS terdiri daripada 73 anak syarikat milik penuh, 21 anak syarikat milik sebahagian dan 45 syarikat usaha sama. | UMUM | |
| PEMISAH MINYAK DAN GAS | Bejana tekanan yang digunakan untuk memisahkan bendalir yang dikeluarkan dari telaga minyak atau telaga gas kepada gas dan cecair. Bejana pemisah ini biasanya digunakan di pelantar pengeluaran atau di kawasan pajakan petroleum berdekatan dengan kepala telaga, pancarongga atau deretan tangki. Bejana tersebut mesti mampu untuk mengendali slug dan beban daripada bendalir telaga yang dikeluarkan. Dengan demikian, bejana tersebut lazimnya mempunyai ukuran yang mampu untuk mengendalikan kadar alir seketika yang tinggi. Pembinaan terperinci sesebuah pemisah bergantung pada muatan yang diperlukan dan tekanan operasi. | KEJURUTERAAN | Alat/Alatan |
| SYAL MINYAK | Syal minyak ialah batu endapan yang lembut dan berbutir halus. Daripada syal minyak diperoleh minyak dan gas asli. Syal minyak terdiri daripada lapisan kelodak berwarna coklat muda dan lapisan kerogen yang lebih gelap, iaitu bahan organik berlilin yang berasal daripada tinggalan alga biru-hijau dan jirim hidup yang lain. Mendapan batu syal yang banyak terdapat di selatan Brazil, timur laut China, Estonia, Sweden, dan Amerika Syarikat. | UMUM | |
| MINYAK GAS | Minyak gas adalah satu pecahan (bahagian) apabila petroleum dipisahkan melalui penyulingan. Minyak gas didapati lebih kurang pada “pertengahan” penyulingan. Ia lebih berat daripada petrol dan parafin, dan lebih ringan daripada sulingan lube , yang dijadikan minyak pelincir dan lilin. Nama minyak gas diperoleh daripada penggunaan minyak ini dalam pengeluaran bahan api gas. Minyak gas ditukarkan kepada pecahan petroleum yang lebih ringan, seperti petrol dan bahan kimia. Ia juga digunakan untuk minyak diesel dan minyak bahan api. Lihat juga Petroleum (Penapisan petroleum). | UMUM | |
| TUKUP GAS | Cara sesuatu daya menolak keluar minyak atau gas dari dalam reservoir ke telaga. Mekanisme perolehan juga digunakan dengan maksud yang sama kerana pacuan menghasilkan perolehan minyak. Pelbagai jenis mekanisme pacuan wujud tetapi secara am boleh dibahagi kepada semula jadi dan buatan. Pacuan semula jadi ialah pacuan gas larutan, pacuan tukup gas, pacuan air, pacuan graviti, dan pacuan kemampatan. Pada asalnya, tekanan dalam telaga dan seluruh formasi berada pada tekanan asal Pi. Apabila telaga dibuka, tekanan dalam telaga turun menyebabkan minyak mengalir ke dalam telaga kerana perbezaan tekanan. Minyak yang tertinggal akan mengalami kejatuhan tekanan menyebabkan minyak dan gas yang larut mengembang dan menolak minyak ke arah telaga. Daya tolakan ini disebabkan pengembangan gas larutan atau pacuan jenis gas larutan....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
| API (AMERICAN PETROLEUM SYSTEM) | Sebuah organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat yang menyediakan satu forum kepada industri gas dan minyak supaya memenuhi kehendak polisi negara tersebut. | KEJURUTERAAN | Konsep |
| BUTANA DAN PROPANA | Butana dan propana ialah gas tidak berwarna dan mudah terbakar. Ia ditemui dalam gas asli, minyak mentah ringan, dan dalam gas yang terbentuk apabila minyak berat dipecah-pecahkan (dipisahkan secara kimia) untuk menghasilkan petrol. | UMUM | |
| PASIR BITUMIN | Pasir bitumin juga dikenali sebagai pasir tar, merupakan longgokan pasir yang mengandungi bitumin. Bitumin ialah bahan seperti gam berwarna hitam untuk membuat kok, gas, dan minyak. | UMUM | |
| PAM | Pam ialah sejenis peranti yang menggerakkan atau memadatkan cecair dan gas. Pam digunakan dalam pelbagai jenis mesin dan peranti lain, termasuklah dalam sistem pemanas rumah, peti sejuk, telaga minyak dan perigi, dan enjin turbojet dan kereta. Bendalir (sama ada gas atau cecair) yang digerakkan oleh pam termasuk udara untuk mengembungkan tayar basikal hinggalah kepada cecair natrium dan cecair kalium untuk menyejukkan reaktor nuklear. Kebanyakan pam dibuat daripada keluli, tetapi ada juga yang dibuat daripada kaca atau plastik. Pam gas juga dikenali sebagai pemampat, kipas, atau penghembus. | UMUM | |