SUNTIKAN AIR | Operasi menyuntikkan air ke dalam reservoir yang mengeluarkan minyak bagi penyenggaraan tekanan reservoir dan/atau membantu perolehan. Dengan demikian, suntikan air boleh digunakan untuk mengekalkan tekanan reservoir atau memperlambat kadar penurunannya, atau sebagai teknik perolehan sekunder. Operasi suntikan air telah digunakan oleh industri petroleum sejak tahun 1890 tetapi maklumat mengenainya hanya didokumentasikan sejak tahun 1922. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
TUKUP GAS | Cara sesuatu daya menolak keluar minyak atau gas dari dalam reservoir ke telaga. Mekanisme perolehan juga digunakan dengan maksud yang sama kerana pacuan menghasilkan perolehan minyak. Pelbagai jenis mekanisme pacuan wujud tetapi secara am boleh dibahagi kepada semula jadi dan buatan. Pacuan semula jadi ialah pacuan gas larutan, pacuan tukup gas, pacuan air, pacuan graviti, dan pacuan kemampatan. Pada asalnya, tekanan dalam telaga dan seluruh formasi berada pada tekanan asal Pi. Apabila telaga dibuka, tekanan dalam telaga turun menyebabkan minyak mengalir ke dalam telaga kerana perbezaan tekanan. Minyak yang tertinggal akan mengalami kejatuhan tekanan menyebabkan minyak dan gas yang larut mengembang dan menolak minyak ke arah telaga. Daya tolakan ini disebabkan pengembangan gas larutan atau pacuan jenis gas larutan....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
TEKANAN RERAMBUT | Perbezaan tekanan yang wujud pada antara dua muka yang memisahkan dua bendalir yang tak bercampur dengan salah satu daripada bendalir tersebut lebih memilih untuk membasahkan pepejal. Fasa bendalir yang membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa membasah manakala fasa bendalir yang tidak membasahi permukaan pepejal dipanggil fasa tak mem-basah. Bagi seorang saintis, tekanan rerambut biasanya dinyatakan sebagai tekanan dalam fasa tak membasah tolak tekanan dalam fasa membasah. Tekanan rerambut dalam sistem air-minyak ialah tekanan dalam fasa minyak (Po) tolak tekanan dalam fasa air (Pw), iaitu Pc = Po – Pw. Dalam sistem gas-air pula, tekanan rerambut ialah tekanan dalam fasa gas (Pg) tolak tekanan dalam fasa air, iaitu Pc = Pg – Pw. Unit yang biasa digunakan bagi tekanan rerambut ialah mN/m2. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
API YUNANI | Api Yunani ialah campuran kimia yang menyala dan membakar dengan dahsyat apabila tersentuh air, malahan ia terbakar di dalam air. Orang Yunani Byzantine mula-mula menggunakannya dalam peperangan laut pada 673 M. Komposisinya adalah satu rahsia, tetapi ia mungkin mengandungi sulfur, resin, minyak, gegala, dan sama ada kalsium fosfida atau kapur tohor. Ia kemudian diubah untuk memasukkan nafta, saltpeter , dan turpentin. Menjelang tahun 1200-an, ia mungkin menyerupai serbuk letupan, yang tidak diketahui pada masa itu. | UMUM | |
SUMBER ASLI | Sumber asli ialah hasil dan ciri bumi yang membolehkannya menyokong kehidupan dan memenuhi keperluan manusia. Tanah dan air adalah sumber asli. Begitu juga dengan hasil biologi di atas tanah dan di dalam air, seperti bunga, pokok, burung, binatang liar, dan ikan. Sumber galian termasuk minyak, batu arang, logam, batu, dan pasir. Sumber asli yang lain termasuklah udara, cahaya matahari, dan iklim. Sumber asli digunakan untuk membuat (1) makanan; (2) bahan api; dan (3) bahan mentah untuk menghasilkan barangan siap. | UMUM | |
PEMINDAHAN JISIM | Operasi yang terdapat dalam setiap loji pemprosesan industri kimia, petrokimia, gas asli, petroleum, makanan, elektronik, dan biologi. Dalam industri tersebut, bahan mentah diproses secara kimia atau fizik untuk menghasilkan produk yang lebih berharga. Walaupun setiap industri melibatkan bahan mentah dan produk yang berbeza, ia menggunakan operasi pemprosesan tertentu yang mempunyai persamaan antara satu industri dengan industri yang lain. Pemisahan minyak mentah dengan menggunakan penyulingan, pemisahan pepejal daripada ampaian menggunakan penurasan, dan penyingkiran air melalui penyejatan merupakan contoh operasi unit yang digunakan dalam industri. Setiap operasi unit seperti penyulingan berbeza dari segi fizikal bagi industri petrokimia dan industri pemprosesan minyak sawit, tetapi direka bentuk berasaskan teknik dan prinsip yang sama. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
TASIK MARACAIBO | Tasik Maracaibo ialah jalan air perdagangan bagi kawasan perladangan dan petroleum yang kaya di bahagian barat laut Venezuela. Tasik Maracaibo merupakan tasik yang terbesar di Amerika Selatan. Tasik ini meliputi kawasan seluas 13 512 kilometer persegi. Tasik ini dihubungkan dengan Laut Caribbean oleh sebuah terusan pendek dan Teluk Venezuela. Sebuah jambatan yang panjangnya 8.9 kilometer merentasi terusan tersebut. Jambatan tersebut cukup tinggi bagi membolehkan kapal-kapal besar belayar di bawahnya. Terdapat banyak telaga minyak di dalam tasik tersebut dan di sepanjang pesisirnya. | UMUM | |
MORISOT, BERTHE | Morisot, Berthe (1841–1895), pelukis Perancis dan ahli terkemuka dalam pergerakan impresionis. Kebanyakan lukisan Berthe Morisot mengisahkan wanita yang kerap bersama-sama dengan anak-anak mereka yang berlatarbelakangkan kehidupan seharian di rumah. Morisot melukis subjek yang tersebut dalam satu gaya yang cerah dan lembut. Berthe Morisot juga melukis landskap yang dipenuhi wanita dan kanak-kanak. Di samping lukisan minyak, dia juga dikenali dengan lukisan cat air dan pastel. | UMUM | |
SULFUR DIOKSIDA | Sulfur dioksida ialah gas beracun tidak berwarna, dan mempunyai bau yang menusuk hidung. Sulfur dioksida terbentuk secara semula jadi daripada aktiviti gunung berapi dan daripada pereputan jirim organik. Ia boleh dibuat dengan membakar sulfur atau memanaskan sebatian sulfur logam. Ia juga dilepaskan ke dalam atmosfera oleh loji penapisan minyak, kilang dan loji kuasa elektrik yang membakar batu arang atau minyak. Dalam udara yang dihidu manusia, bahan ini boleh merengsakan mata dan sistem pernafasan. Ia juga mungkin larut dalam titisan air untuk membentuk hujan asid, yang boleh mendatangkan mudarat atau membunuh hidupan liar dan merosakkan bangunan. Hujan asid juga mungkin terbentuk apabila sulfur dioksida di udara bertukar menjadi sulfur trioksida. Banyak kerajaan mengehadkan amaun sulfur dioksida yang boleh dilepaskan oleh industri ke dalam udara. | UMUM | |
SWEET FLAG | Sweet flag ialah tumbuhan tinggi bak mensiang, dalam famili arum. Ia tumbuh di sepanjang anak air dan di rawang di hampir semua bahagian di Hemisfera Utara. Daunnya leper dan panjangnya 60 sentimeter hingga 180 sentimeter. Ia berbentuk seperti pedang dua mata. Batang sweet flag hampir seperti daunnya, tetapi lebih keras dan mengeluarkan spika bunga yang kecil, hijau berhampiran dengan puncaknya. Daun dan batangnya tumbuh secara langsung dari stok akar bawah tanah. Stok akarnya digunakan sebagai tonik, dan untuk membuat minyak wangi dan sediaan bilik mandi. Di Eropah, stok akarnya dijadikan makanan. Pengelasan saintifik. Sweet flag tergolong dalam famili arum, Araceae. Ia adalah Acorus calamus. | UMUM | |