Malabo (pend. 15 253) ialah ibu negara Equatorial Guinea (Guinea Khatulistiwa). Bandar ini terletak di Bioko, sebuah pulau di Teluk Guinea, Afrika Barat. Untuk lokasi Malabo, lihat Equatorial Guinea (peta). Malabo ialah pelabuhan penting yang mengendalikan eksport pisang, kayu kabinet, koko, kulit cinchona, kopi, kacang kola, dan minyak kelapa sawit. Kebanyakan penduduk di bandar ini bekerja dengan syarikat import eksport. Lapangan terbang terletak berhampiran Malabo. |