MITRA, RAMON V. | Mitra, Ramon V. (1929– ), pemimpin politik Filipina. Dia menjadi speaker Dewan Perwakilan Filipina pada tahun 1987. Mitra terkenal kerana menentang kerajaan pimpinan Ferdinand Marcos. Dia menyokong Corazon Aquino dalam pilihan raya presiden pada tahun 1986. Selepas Corazon memenangi pilihan raya itu, dia menjadi setiausaha pertanian. | UMUM | |
MITHRA | Mithra ialah dewa bagi puak Arya yang tinggal di Parsi purba. Mithra yang juga dikenali sebagai Mithras, ialah tuhan yang sama seperti Mitra, dewa matahari yang wujud dalam kitab purba Hindu, Vedas. Menurut tradisi agama Zoroastrian, Mithra ialah dewa cahaya yang berkait rapat dengan matahari. Mithra dikatakan sekutu dewa Ahura Mazda. Di bawah pimpinan Ahura Mazda, Mithra dan dewa lain berperang melawan Angra Mainyu, dewa Zoroastrian yang jahat (lihat Zoroastrianisme). | UMUM | |