| MOL | Mol ialah unit yang digunakan dalam kimia untuk mengukur amaun sesuatu bahan. Satu mol bahan mengandungi kira-kira 602 213 670 000 000 000 000 000 (602.214 bilion trilion) entiti unsur yang membentuk bahan itu. Entiti ini mungkin molekul, atom, ion, elektron, atau zarah subatom yang lain, atau kumpulan zarah. Bilangan yang besar ini dikenali sebagai Avogadro constant, sempena nama ahli fizik Itali, Amedeo Avogadro. | UMUM | |
| FASA EKSPONEN | Kaedah pengiraan pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan menggunakan graf keseimbangan fasa y - x. Pada paksi menegak, y ialah pecahan mol dalam fasa wap dan pada paksi mendatar, x ialah pecahan mol dalam fasa cecair. | KEJURUTERAAN | Konsep |
| ALIRAN BERSIH | Kaedah pengiraan pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan menggunakan graf keseimbangan fasa y - x. Pada paksi menegak, y ialah pecahan mol dalam fasa wap dan pada paksi mendatar, x ialah pecahan mol dalam fasa cecair. Kesemua graf keseimbangan fasa biasanya diberi untuk komponen yang lebih meruap, iaitu komponen yang takat didihnya lebih rendah. Antara pemboleh ubah reka bentuk turus penyulingan yang biasa didapati menggunakan kaedah McCabe-Thiele ialah bilangan peringkat atau dulang, nisbah refluks minimum, bilangan dulang yang minimum, kedudukan peringkat bagi aliran masukan, keperluan duti haba untuk pengulang didih, dan keperluan duti penyejukan untuk kondenser | KEJURUTERAAN | Konsep |