MOLUSKA | Moluska ialah haiwan berbadan lembut yang tidak bertulang. Siput, lintah, kima, kupang, tiram, sotong, dan sotong kurita ialah moluska. Kebanyakan moluska mempunyai cangkerang keras yang melindungi badannya yang lembut. Sesetengahnya seperti sotong katak dan sotong tidak mempunyai cangkerang luar. Cangkerang khas tumbuh di dalam badannya. Cangkerang ini dikenali sebagai tulang sotong pada sotong katak dan pen pada sotong. Beberapa jenis moluska termasuk sotong kurita dan lintah tertentu tidak mempunyai cangkerang langsung. Untuk maklumat lanjut tentang cangkerang moluska dan bagaimana ia terbentuk, lihat Cangkerang. | UMUM | |
SOTONG | Sotong ialah moluska laut (haiwan yang berbadan lembut tidak bertulang) yang serupa dengan sotong kurita, nautilus dan sotong katak. Sotong hidup di semua laut, biasanya di laut dalam. Ia sering berenang dalam kumpulan yang besar. | UMUM | |
SOTONG KATAK | Sotong katak ialah moluska (haiwan lembut tidak bertulang) dalam kelas yang sama dengan sotong. Ia terdapat di kebanyakan laut kecuali di laut di sekeliling Amerika. Ia hidup di air dalam, tetapi kadangkala terdapat berhampiran dengan persisiran pantai. Saiznya berbeza-beza dari kirakira lapan sentimeter hingga kira-kira 1.8 meter panjangnya. Badannya berwarna perang berjalurjalur dan berbintik-bintik ungu. Ia berkilau terang dalam cahaya matahari dan sering bertukar warna. Badannya yang berbentuk bujur dikelilingi sirip beropol. | UMUM | |
TELUR | Telur ialah perkataan yang merujuk kepada telur ikan, moluska, amfibia, dan haiwan-haiwan lain. Biasanya telur demikian dikeluarkan banyak-banyak kerana banyak daripadanya dimakan oleh haiwan akuatik. Telur ini tidak mempunyai cangkerang dan mesti diletakkan dalam air untuk mencegahnya daripada kering. Telur ikan tertentu, terutamanya sturgeon , digunakan untuk membuat kaviar . Lihat juga Ikan (Bagaimana ikan membiak); Kaviar; Salmon (Kehidupan salmon); Sturgeon. Telur. Hampir semua haiwan mengeluarkan telur. Tetapi hanya haiwan tertentu, seperti burung, meneran telur keluar dari badan. Fungsi utama telur untuk mengeluarkan anak. | UMUM | |
KEKAPIS | Kekapis ialah kerang-kerangan yang dijadikan makanan. Ia adalah moluska dwicangkerang (haiwan yang mempunyai dua keping cangkerang yang melindungi badannya yang lembut dan tidak bertulang). Kekapis tinggal di perairan cetek dalam hampir semua laut dan kerap terdapat dalam kumpulan yang besar pada pasir atau kelikir halus. | UMUM | |
OYSTERCATCHER | Oystercatcher ialah nama beberapa spesies burung randuk yang tinggal di pantai di kebanyakan bahagian di dunia. Nama ini diberi kerana paruh oystercatcher yang bertepi tajam dan berbentuk pahat, yang digunakannya untuk mengopek cangkerang moluska seperti kupang dan tiram, dan untuk mencungkil berangas daripada batu. | UMUM | |
TENTAKEL | Tentakel ialah ketumbuhan yang kurus, fleksibel di kepala atau di sekeliling mulut haiwan tertentu. Tentakel biasanya digunakan untuk perlindungan atau sebagai sesungut. Buran dan ubur-ubur menggunakan tentakel untuk menangkap mangsa sebagai makanan. Lihat juga Haiwan (gambar); Knidaria; Moluska (Unicangkerang atau gastropoda) ; Sotong . | UMUM | |
TENCH | Tench ialah ikan yang mempunyai badan dan kepala yang besar, bersirip bulat, dan bersisik kecil. Ikan ini biasanya berwarna hijau tua atau perang, dan kadangkala sedikit warna gangsa. Kulitnya merembes banyak mukus, yang menjadikan ikan ini berlendir. Tench hidup dalam air tenang di tasik, sungai, dan paya. Ia memakan haiwan dan tumbuhan yang mati, larva serangga, krustasea dan moluska. Tench mengeluarkan telur yang kecil di atas daun tumbuhan air. Ikan ini berasal dari Eurasia tetapi telah diperkenalkan ke Amerika Utara, Australia, dan New Zealand. Ia membesar melebihi 60 sentimeter panjangnya. Pengelasan saintifik . Tench tergolong dalam famili kap Cyprinidiae. Ia adalah Tinca tinca . | UMUM | |
TIKUS BULAN | Tikus bulan ialah nama bagi lima spesies mamalia pemakan serangga dari China dan Asia Tenggara. Tikus bulan, yang kadangkala dikenali sebagai landak tanpa spina, mempunyai muncung yang panjang dan ekor yang terbina dengan baik. Bulunya kasar. Tikus bulan besar adalah spesies yang terbesar, sebesar arnab. Ia biasanya berwarna hitam dengan kepalanya berwarna keputihan dan tanda mata hitam. Tikus bulan memakan serangga, cacing, krustasea, moluska, ikan dan mamalia yang lebih kecil. Pengelasan saintifik. Tikus bulan termasuk dalam order Insectivora, famili, Erinaceidae. Tikus bulan terbesar ialah Echinosorex gymnurus . | UMUM | |
SHOVELER | Shoveler yang juga dikenali sebagai spoonbill, ialah itik kecil Hemisfera Utara yang mempunyai paruh panjang berbentuk sudu. Ia hidup di Eropah, Asia, dan Amerika Utara pada musim panas, dan berhijrah ke selatan pada musim sejuk, ke Afrika Utara, selatan Asia, dan Amerika Selatan. Bahagian atas paruh menutup bahagian bawah. Burung jantan berkepala hijau, berdada putih, dan berbadan biru dan perang. Shoveler memakan moluska, serangga, dan akar di air cetek. Ia mengambil semulut penuh lumpur dan air menapisnya melalui “palung” sisi paruhnya, meninggalkan makanan di dalamnya. Ia membuat sarang di atas tanah, kadangkala agak jauh dari air. Burung betina bertelur dari 6 hingga 14 biji telur berwarna kehijauan pucat hingga kebiruan. Pengelasan saintifik. Shoveler tergolong dalam famili Anatidae. Ia adalah Anas clypeata. | UMUM | |