MONOPOLI DAN PERSAINGAN | Monopoli dan persaingan ialah dua keadaan dalam perniagaan. Dalam monopoli, sesebuah syarikat atau satu kumpulan syarikat yang bekerjasama mengawal bekalan sesuatu atau perkhidmatan yang tidak mempunyai sebarang pengganti. Dalam persaingan, sebilangan firma yang bersaingan menjual barangan atau perkhidmatan yang sama kepada pembeli. | UMUM | |
SURUHANJAYA MONOPOLI DAN GABUNGAN | Suruhanjaya Monopoli dan Gabungan, menyiasat keadaan monopoli dan gabungan dalam industri dan profesion di Britain. Suruhanjaya ini beroperasi di bawah arahan ketua pengarah untuk perdagangan yang adil, dan setiausaha negara bagi perdagangan. Kes yang disiasat biasanya dirujuk kepada suruhanjaya oleh ketua pengarah kecuali dalam kes perbadanan berkanun yang mesti dirujuk kepada setiausaha negara dan menteri yang berkenaan. | UMUM | |
PASARAN MONOPOLI | Konsep ekonomi | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
PERSAINGAN | Persaingan lihat Monopoli dan persaingan. | UMUM | |
SURAT PATEN | Surat paten adalah surat terbuka tentang kebenaran kerajaan terhadap hak monopoli kepada pencipta. Raja boleh juga menggunakan surat paten untuk menganugerahkan kebangsawanan. Surat paten biasanya ditulis di atas velum (kertas kulit halus) dan ditandakan dengan cap pihak berkuasa yang mengeluarkannya. | UMUM | |
DADU | Dadu ialah kiub kecil yang digunakan dalam permainan judi seperti ‘craps’. Dadu juga digunakan dalam permainan ‘backgammon’, monopoli dan permainan papan yang lain. Sebiji dadu dinamakan die. Setiap die mempunyai enam permukaan dan ia dicetak dari satu titik hingga ke enam titik. | UMUM | |
SYARIKAT HINDIA TIMUR BELANDA | Syarikat Hindia Timur Belanda merupakan syarikat perniagaan yang berkuasa yang membantu menubuhkan pemerintahan Belanda di Indonesia. Pada tahun 1602, kerajaan Belanda memberikan syarikat ini taraf monopoli dalam perdagangan antara Asia dengan Belanda. Syarikat ini juga memperoleh kuasa yang luas dalam aspek pemerintahan dan ketenteraan, termasuklah hak untuk memerintah dan melakukan peperangan di Asia. | UMUM | |
SKIM MISSISSIPPI | Skim Mississippi ialah satu projek kewangan yang melulu yang dirumuskan di Perancis pada tahun 1717. John Law, ahli ekonomi Scottish, memulakan rancangan tersebut dan kemudian menubuhkan organisasi The Mississippi Company. Pemangku Raja Perancis, Philippe, Duke of New Orleans memberikan syarikat ini monopoli (hak eksklusif) untuk meneruskan operasi perniagaan yang meluas di Lousiana milik Perancis di Amerika Syarikat, dan di Kanada. | UMUM | |
PARTI BURUH AUSTRALIA | Parti Buruh Australia (Australia Labour Party (ALP)) ialah parti politik tertua di Australia. Parti ini lahir daripada gerakan buruh tahun 1890-an dan banyak kesatuan sekerja yang masih mempunyai kaitan dengan parti ini. ALP menganggap entitinya sebagai “parti sosialis demokratik”. Parti ini menekankan keperluan membahagikan semula kuasa politik dan kuasa ekonomi, dan mencegah kawalan industri secara monopoli oleh firma swasta yang besar. Pada peringkat persekutuan, terdapat tiga golongan dalam ALP yang dikenali sebagai Kanan, Kiri Tengah, dan Kiri. | UMUM | |
TANJUNG PUTUS | TANJUNG PUTUS, pulau kecil yang pernah menjadi kubu Belanda di Perak. Ia terletak di Sungai Perak, lebih kurang 60 km dari Kuala Perak. Pulau ini telah diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada tahun 1746 apabila gabenor Albinus mengadakan perjanjian dengan Perak yang menjamin hak monopoli bijih timah oleh Belanda. VOC mendirikan kubunya yang pertama di Pulau Pangkor, tetapi pada tahun 1748 telah memindahkan pos tersebut ke Tanjung Putus. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |