MILLER, ARTHUR | Miller, Arthur (1915– 2005) ialah penulis drama Amerika yang terkemuka. Hasil karyanya mencatatkan konflik antara individu dan masyarakat yang menentukan kod moral individu. Miller menunjukkan prinsip moral masyarakat sebagai sahih dalam All My Sons (1947) dan A View from the Bridge (1955). Tetapi, dalam Death of a Salesman (1949), The Crucible (1953), Incident at Vichy (1964), dan The Price (1968), dia menyerlahkan prinsip moralnya sebagai palsu. | UMUM | |
THIRUKKURAL | Himpunan ajaran moral masyarakat India. | SASTERA | Karya |
DHARMA | Dharma ialah hukum moral dan keagamaan dalam agama Hindu dan Buddha. Setiap agama ini mempunyai dharmanya sendiri. | UMUM | |
DONGENG | Dongeng ialah cereka rekaan yang mengajar tentang moral. Dalam kebanyakan dongeng, satu atau lebih watak utama merupakan haiwan, pokok, atau benda yang bercakap dan bertindak seperti manusia. Dongeng boleh disampaikan sama ada dalam bentuk prosa ataupun puisi. Dalam kebanyakan dongeng, pengajarannya disimpulkan pada penghujung cerita dalam bentuk bidalan. | UMUM | |
ETIKA PROTESTAN | Etika Protestan ialah himpunan sikap yang menekankan nilai moral kerja, disiplin diri dan tanggungjawab diri. | UMUM | |
RICE, ELAMER | Rice, Elamer (1892–1967) ialah dramatis Amerika yang memperjuangkan kebebasan moral, sosial, dan peribadi. | UMUM | |
ROUAULT, GEORGES | Rouault, Georges (1871–1958) ialah pelukis Perancis. Dia seorang yang kuat beragama dan memegang prinsip moral yang kukuh, dan hasil karyanya menunjukkan kebenciannya terhadap sikap kepura-puraan, kemiskinan, dosa, dan peperangan. | UMUM | |
MURDOCH, DAME IRIS | Murdoch, Dame Iris (1919–1999), novelis British yang terkenal dengan novel-novel falsafah. Watak dalam semua novelnya menghadapi kemelut moral yang hebat dalam mengejar erti cinta sejati dan kebebasan; serta sering terlibat dalam pergolakan cinta yang kompleks. Ada pengkritik mengatakan bahawa watak dalam novel Murdoch merupakan patung bagi membayangkan idea-idea falsafahnya. Sebaliknya, ada juga yang memuji khayalan fiksyennya kerana kebijaksanaan dan pandangan falsafah yang terkandung dalam novelnya. | UMUM | |
LESSING, DORIS | Lessing, Doris (1919– ), penulis wanita Inggeris yang terkenal dengan karya novel. Karya cerekanya memaparkan penekanan yang begitu mendalam terhadap moral, politik dan sikap psikologi dan juga peranan wanita pada zaman moden. | UMUM | |
O'HARA, JOHN | O’Hara, John (1905–1970) ialah penulis novel dan cerpen Amerika. Dia terkenal kerana pemerhatiannya yang realistik tentang adab dan moral kelas menengah Amerika. O’Hara memaparkan latar beberapa buah novel dan ceritanya di bandar fiksyen Gibbsville, Pennsylvania. | UMUM | |