PENGKOMPUTERAN BAHASA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGKOMPUTERAN BAHASA, proses menggunakan komputer untuk penyelidikan, pengajaran dan penyebaran bahasa. Pengkomputeran bahasa atau pemprosesan bahasa ialah istilah yang digunakan untuk menamakan secara umum semua proses yang menggunakan komputer bagi semua perkara yang berkait dengan bahasa, sama ada untuk penyelidikan bahasa itu sendiri secara in situ ataupun untuk tujuan menggunakannya sebagai alat. Dalam penyelidikan bahasa misalnya, komputer dapat digunakan untuk menimba maklumat-maklumat linguistik seperti maklumat morfologi, sintaksis dan sebagainya. Contohnya komputer boleh digunakan dalam sistem penterjemahan berkomputer, sistem kajian penulisan berkomputer dan sistem kamus elektronik. | BAHASA | Sistem |
PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA MELAYU | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA Melayu, buku tulisan yang diterbitkan dalam jurnal Peredar Angka 12, yang diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.) pada tahun 1939. Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu membicarakan satu segi tatabahasa Melayu. Buku ini menerangkan kaedah pengimbuhan dalam bahasa Melayu, iaitu memberi penokok (= awalan) pada kata umbi (akar/dasar) dan juga memberi penambah (= akhiran) pada kata akar/dasar sehingga menjadi kata terbitan. Dengan kata lain buku ini membicarakan pembentukan kata atau morfologi bahasa Melayu. Buku ini mengandungi 35 halaman serta terdapat 10 fasal di dalamnya. Perkara-perkara yang dibicarakan ialah: | BAHASA | Karya |