Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.zék] | موزيک

Definisi : (mozék) kepingan kecil batu, gelas, dsb berwarna yg dipasang pd lantai, tembok, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mozek


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOZEK

Mozek ialah satu bentuk seni yang terdiri

daripada susunan keping-keping kecil kaca, batu,

atau bahan lain yang berwarna-warni yang dilepa

bersama. Keping-keping tersebut yang disebut

tesserae disusun dalam bentuk gambar.

Kebanyakan mozek menghias siling, lantai, dan

dinding dalam, tetapi ada juga yang digunakan

untuk menghias permukaan luar seperti kaki lima

dan dinding luar.

UMUM 
PENYAKIT MOZEK UMUM 
MURAL

Mural ialah gambar atau reka bentuk yang

menghiasi dinding. Kebanyakan mural menghiasi

dinding di dalam bangunan, tetapi sesetengahnya

menghiasi siling dan dinding luar. Mural dalaman

hendaklah harmoni dengan gaya dan skala bilik.

Pelukis mural mesti merancang coraknya supaya

pintu, tingkap dan perabot tidak menjejaskan

keharmoniannya. Kebanyakan mural dilukis. Tetapi

sesetengahnya dibuat daripada kepingan kecil

kaca, batu dan bahan-bahan lain. Mural ini

dinamakan mozek. Rencana ini hanya

membincangkan mural yang dilukis.

UMUM 

Kembali ke atas