KUMPULAN 15 NEGARA MEMBANGUN | MS; mso-bidi-font-family: 'Times New Roman'; mso-bidi-font-size: 10.0pt" lang=MS>Kumpulan 15 Negara MembangunMS; mso-bidi-font-family: 'Times New Roman'; mso-bidi-font-size: 10.0pt" lang=MS> atau Group of 15 (G15) ialah kumpulan negara membangun dan berperanan untuk meluaskan kerjasama Selatan-Selatan. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
BRUNELLESCHI | Brunelleschi (1377-1446), aMS" lang=MS>rkitek yang terkenal pada awal era seni bina Renaissance di bandar Florence, Itali pada abad ke-15. Nama sebenarnya ialah Filippo di Ser Brunellesco, anak diplomat yang kaya di bandar Florence. | KEJURUTERAAN | Tokoh |
DEWAN MASYARAKAT | MS style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: MS">DEWAN MASYARAKAT, MS style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: MS">majalah bulanan bacaan umum, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak 15 September 1963. Majalah yang mengandungi 60 halaman ini berukuran 21 cm x 28 cm dan merupakan majalah kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka selepas majalah Dewan Bahasa. Pada peringkat awalnya, majalah ini diterbitkan pada setiap 15 hari bulan, tetapi mulai keluaran Jun 1986, majalah ini diterbitkan pada setiap awal bulan. Pengarang pertamanya ialah Kamaluddin Muhammad (Keris Mas). Dia memegang jawatan itu hingga bulan Januari 1967. Mulai Februari 1967, jawatan pengarang dinaikkan tarafnya kepada ketua pengarang. Keris Mas terus memegang jawatan tersebut hingga bulan Julai 1975. Mulai bulan Ogos 1975, jawatan ini dipegang oleh M. Noor Azam. | SASTERA | Penerbitan |
UTUSAN PEMUDA | MS style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: MS">UTUSAN PEMUDAMS style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: MS">, akhbar mingguan yang mula diterbitkan pada 15 Oktober 1960. Akhbar yang berharga 15 sen ini bertulisan Rumi dan menggunakan moto “Mingguan Kebangsaan yang Tulen” dan “Pemuda Harapan Bangsa”. Penerbit dan pencetaknya ialah Utusan Melayu Press Ltd., Kuala Lumpur dan pengurusnya ialah Tengku Hassan Abdul Mutalib. | SASTERA | Penerbitan |
PRRI | MS style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: MS">PRRIMS style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: MS">, pemerintahan yang dibentuk oleh pemimpin politik dan tentera di Sumatera Tengah, Indonesia, pada 15 Februari 1958. PRRI ialah singkatan Pemerintahan Revolusioner Rakyat Indonesia dan diisytiharkan oleh Kolonel Ahmad Husein dengan Sjafruddin Prawiranegara sebagai Perdana Menterinya. PRRI dilancarkan oleh sebab timbulnya rasa tidak puas hati pemerintah daerah terhadap pemerintah pusat. Alasan utama ialah ketidakadilan dari segi pengagihan sumber kewangan yang diberikan oleh pemerintah pusat kepada daerah. Pihak daerah telah memberi sumbangan misalnya dari segi hasil eksport yang lebih besar daripada agihan yang diperuntukkan oleh pusat kepada daerah. Mereka juga menuntut supaya diperluaskan hak autonomi daerah. Tambahan pula, Presiden Sukarno semakin condong kepada Parti Komunis Indonesia (PKI). Hal inilah yang mendorong daerah untuk melepaskan diri daripada pemerintah pusat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
A. R. KAMALUDDIN | MS style="FONT-FAMILY: 'Courier New'; mso-ansi-language: MS">A. R. KAMALUDDIN MS style="FONT-FAMILY: 'Courier New'; mso-ansi-language: MS">(1938- ), penulis. Dia lahir pada 15 November 1938 di Kampung Baharu, Lumut, Perak. Nama sebenarnya ialah Kamaluddin Abdul Razak. | SASTERA | Konsep |
SASTERA REMAJA | MS style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: MS">SASTERA REMAJAMS style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: MS">, bentuk sastera Melayu yang dihasilkan bagi golongan pembaca yang berusia antara 12 tahun hingga 20 tahun. Golongan remaja ini pula boleh dikelompokkan kepada tiga kelompok usia iaitu awal remaja (berusia antara 12 – 15 tahun), pertengahan remaja (berusia antara 15 – 18 tahun) dan akhir remaja (berusia antara 18 – 20 tahun). | SASTERA | Konsep |
DEWAN SASTERA | MS style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: MS">DEWAN SASTERA, MS style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: MS">majalah bulanan sastera yang pertama diterbitkan di Malaysia, bertujuan membina dan mengembangkan sastera Malaysia. Majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur ini buat pertama kalinya diterbitkan pada 15 Januari 1971. Mulai keluaran Jun 1986, penerbitannya ditukar daripada pertengahan bulan kepada setiap awal bulan. Sesuai dengan sifatnya sebagai majalah yang khusus membicarakan tentang kesusasteraan, maka slogan yang digunakan ialah ‘Peneroka Sastera Kreatif’. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
SUNAN MURIA | MS style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: MS">SUNAN MURIAMS style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: MS"> ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia. Nama sebenarnya ialah Raden Umar Said. Seperti bapanya, Sunan Kalijaga, Sunan Muria, juga salah seorang ahli Walisongo yang terkenal di Jawa pada abad ke-15. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SUNAN KUDUS | MS style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: MS">SUNAN KUDUSMS style="FONT-SIZE: 11pt; LINE-HEIGHT: 200%; FONT-FAMILY: Arial; mso-ansi-language: MS"> ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia. Nama sebenarnya ialah Sayid Jaafar Shadiq. Dia adalah salah seorang ahli Walisongo yang berjasa dalam mengembangkan dan menegakkan kerajaan-kerajaan Islam di Jawa pada abad ke-15. Dia dikatakan berasal dari Palestin dan tiba di Jawa pada tahun 1435 dengan tujuan membantu memperkembangkan agama Islam. Pada tahun 1436, dia dilantik sebagai ahli Walisongo kerana menggantikan Malik Isroil. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |