Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mua.tan] | مواتن

Definisi : barang-barang yg dibawa (oleh lori dll), isi (kapal dll): sampai dekat kuala maka dipunggahlah segala ~ perahu itu; ~ haba (Kim) kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu sesuatu bahan se­banyak satu kelvin, lazimnya pd tekanan dan isi padu yg sama; ~ haba tentu (Kim) muatan haba per unit jisim, atau kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu satu kg bahan sebanyak satu kelvin; orang ~ orang yg menumpang (naik) kapal dll; resit ~ = surat ~ Id surat keterangan bkn barang-barang yg dikirim dgn kapal dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mua.tan] | مواتن

Definisi : barang-barang yg dibawa (oleh lori dll); isi kapal dll: Apabila sampai di Pelabuhan Kelang, segala ~ kapal itu diturunkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muat (adjektif)
Bersinonim dengan ada ruang, dapat diisi, tidak sempit, tidak ketat, tidak sendat;,
Kata Terbitan : memuatkan, termuat, muatan,

Puisi
 

Perahu sekuci muatan sarat,
     Tenggelam duduk di muka kuala;
Cuba sedikit terasa kelat,
     Racun diminum hilang dahaga.


Lihat selanjutnya...(23)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUATAN

Muatan ialah barangan pembuatan atau bahan

mentah yang diangkut dari satu tempat ke satu

tempat. Kereta api masih mengangkut muatan

berat seperti batu arang dan mineral lain. Tetapi

di kebanyakan negara industri, jalan raya

mengangkut lebih banyak muatan berbanding

kereta api. Trak dan van mengangkut muatan dari

kilang ke gudang, dan dari gudang kepada

pelanggan. Muatan selalunya dipindahkan melalui

kontena . Ia merupakan kotak logam besar yang

dinaikkan ke atas trak dan boleh diturunkan terus

ke atas gerabak kereta api atau ke atas dek kapal

kargo. Pengenalan muatan berkontena telah

mengurangkan kerja pemunggahan naik dan

turun, serta pemunggahan semula barangan

dengan banyaknya.

UMUM 
SENAPANG PATAH

Senapang patah ialah senapang bahu yang

melepaskan kartrij yang mengandungi serbuk

peledak dan muatan peluru-peluru logam kecil,

yang dikenali sebagai syot. Syot tersebut akan

tersebar di kawasan yang luas. Ia lebih mudah

untuk mengenai sasaran yang bergerak

berbanding dengan peluru tunggal daripada

senapang atau pistol. Pada asasnya senapang

patah ialah senapang perburuan. Peluru penabur

senapang patah dikenali sebagai syot kecil.

Peluru yang lebih besar yang dikenali sebagai

syot besar, digunakan untuk menembak haiwan

seperti rusa.

UMUM 
BOT RATA

Bot rata ialah penunda yang besar, berbentuk

seperti rakit yang digunakan untuk membawa

muatan dan penumpang. Bot rata mempunyai

dasar dan hujung bersegi yang rata.

UMUM 
SUVA

Suva (pend. 71 608), ibu negeri dan bandar

terbesar di Fiji, sebuah negara yang terdiri

daripada gugusan kepulauan berjumlah lebih 800

buah pulau di Lautan Pasifik Selatan. Bandar Suva

terletak di bahagian tenggara pantai pulau Viti

Levu, pulau terbesar di Fiji. Untuk lokasi, lihat Fiji

(peta). Suva ialah pelabuhan utama dan pusat

perdagangan terpenting Fiji. Kapal berlabuh di

Suva mengambil muatan kelapa kering dan buah-buahan

tropika. Kapal-kapal pelancongan juga

singgah di pelabuhan ini. Kilang-kilang di Suva

menapis gula, serta menghasilkan minyak kelapa,

pakaian dan sabun. Muzium Fiji terletak di Taman

Botani. University of the South Pacific juga terletak

di Suva. Lihat juga Fiji (gambar).

UMUM 
PEMISAH MINYAK DAN GASBejana tekanan yang digunakan untuk memisahkan bendalir yang dikeluarkan dari telaga minyak atau telaga gas kepada gas dan cecair. Bejana pemisah ini biasanya digunakan di pelantar pengeluaran atau di kawasan pajakan petroleum berdekatan dengan kepala telaga, pancarongga atau deretan tangki. Bejana tersebut mesti mampu untuk mengendali slug dan beban daripada bendalir telaga yang dikeluarkan. Dengan demikian, bejana tersebut lazimnya mempunyai ukuran yang mampu untuk mengendalikan kadar alir seketika yang tinggi. Pembinaan terperinci sesebuah pemisah bergantung pada muatan yang diperlukan dan tekanan operasi.KEJURUTERAANAlat/Alatan

Kembali ke atas