PROJEKTOR | Projektor ialah alat yang digunakan untuk menayangkan gambar pada layar atau skrin. Jenis projektor biasa ialah alat untuk menayangkan slaid fotograf. Projektor yang paling mudah terdiri daripada: (1) cahaya, (2) pemantul yang memfokuskan cahaya, (3) kanta pemfokus dan (4) kanta projektor. | UMUM | |
SUMPITAN | Kapsyen1"> :1"> Sumpitan digunakan sebagai alat memburu bagi suku kaum Penan SUMPITAN, senjata yang diperbuat daripada buluh yang digunakan oleh Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan suku kaum peribumi di Sabah dan Sarawak. Sumpitan diperbuat daripada buluh yang lurus dan beruas panjang. Buluh ini diproses dan segala yang menghalang lubangnya dibersihkan. Untuk mengelakkannya daripada dimakan bubuk atau serangga, buluh ini dilayur di atas bara api dan dipusing-pusingkan dari pangkal hingga ke hujung. Sekiranya ruas buluh itu pendek, ia akan disambung dan saluran dalamannya hendaklah sama supaya mudah mengenai sasarannya. Panjang sebatang sumpitan yang baik ialah antara 2 m hingga 3.7 m. | BUDAYA | Alat/Alatan |
TERUSAN WAN MAT SAMAN | at Saman ialah sebuah terusan di Kedah yang berfungsi mengalirkan air dari terusan itu ke kawasan penanaman padi. Panjang Terusan Wan Mat Saman dianggarkan 36 kilometer, iaitu bermula dari Alor Setar hingga ke Gunung Jerai. Lebarnya pula ialah 7 meter dan dalamnya ialah 1.5 meter. Dengan adanya Terusan Wan Mat Saman, sawah yang sebelum ini bergantung kepada air hujan, mendapat bekalan air dari Gunung Jerai dan Sungai Kedah. Apabila berlaku musim hujan dan air berlebihan, dengan mudah air dari terusan ini dapat dialirkan ke laut. | UMUM | |