TEKNIK HAND LAY-UP | Teknik penghasilan bahan komposit yang paling banyak digunakan. Teknik ini dilakukan secara insani. Cara pengendaliannya mudah . | KEJURUTERAAN | Kaedah |
PITA BRID | Pita brid atau pintalan adalah salah satu daripada cara yang paling mudah untuk menjalin yan atau serat-serat lain. Seseorang yang menggunakan teknik ini membrid tiga atau lebih serat dengan melalukan setiap satunya secara melintang di atas dan di bawah satu atau lebih serat lain. Kini kebanyakan brid hiasan dibuat dengan mesin khas dan alat tambahan pada mesin. | UMUM | |
ARITMETIK | Aritmetik memberi jawapan kepada soalan seperti ‘Berapa banyak?’ ‘Berapakah harganya?’ dan ‘Berapa jauh?’ Ia membantu kita mendapatkan cara yang ringkas dan mudah untuk menyelesaikan masalah dengan nombor. Aritmetik kadangkala disebut ‘sains nombor’ dan ‘seni pengiraan’. Ia membentuk satu cabang penting matematik (lihat Matematik ). | UMUM | |
TATABAHASA | Tatabahasa ialah satu set prinsip yang dengannya bahasa berfungsi. Tatabahasa menjadi panduan cara perkataan boleh disusun dan diubah supaya kita boleh berkomunikasi dengan mudah dan tepat. Semua bahasa tidak berfungsi dengan cara yang sama. Bahasa Latin amat bergantung pada perubahan bentuk perkataan. Bahasa China menekankan nada suara penutur. Bahasa Inggeris menekankan tertib perkataan. Bagaimanapun, semua ciri ini, sedikit sebanyak, termasuk dalam banyak bahasa. | UMUM | |
NAPIER, JOHN | Napier, John (1550–1617), Laird Merchiston, ialah ahli matematik Scotland. Dia membina cara pengiraan pantas yang digunakan dalam bidang astronomi, trigonometri, pelayaran, pembuatan peta dan pengukuran. Napier menemui cara mendarab nombor dengan mudah, iaitu mencampurkannya dengan nombor lain, serta menyamakan nombor yang dinamakannya logaritma (lihat Logaritma ). Logaritma digunakan untuk menjelaskan secara matematik banyak fenomena semula jadi. Napier juga mencipta “rod” atau “tulang” yang boleh disusun untuk pengiraan aritmetik. Dia lahir berhampiran Edinburgh, Scotland. | UMUM | |
TEKNOLOGI | Teknologi merujuk kepada semua cara manusia menggunakan rekaan dan penemuan mereka untuk memenuhi keperluan dan keinginan mereka. Sejak manusia wujud di bumi, mereka terpaksa bekerja untuk mendapatkan makanan, pakaian, dan tempat berteduh. Manusia juga terpaksa bekerja untuk memenuhi keinginan masa lapang dan keselesaan mereka. Sepanjang zaman, manusia mereka alat, mesin, bahan, dan teknik untuk menjadikan kerja lebih mudah. Manusia juga menemui kuasa air, kuasa elektrik, dan lain-lain sumber kuasa yang meningkatkan kadar kerja mereka. Oleh itu, teknologi melibatkan penggunaan alat, mesin, bahan, teknik, dan sumber kuasa untuk menjadikan kerja lebih mudah dan lebih produktif. Komunikasi moden dan pemprosesan data juga bergantung pada teknologi, terutamanya elektronik. | UMUM | |
ASETILENA | Asetilena ialah gas yang tidak berwarna dan mudah menyala, biasanya digunakan untuk membuat kerja kimpalan dan untuk menghasilkan sebatian kimia lain. Formula kimianya ialah C 2 H 2 . Asetilena juga menjadi racun sekiranya terhidu. Gas ini juga akan meletup apabila bercampur dengan udara. Ahli kimia Inggeris, Edmund Davy, mula mengeluarkan asetilena dalam tahun 1836. Namun gas ini dilupakan hingga tahun 1860, apabila ahli kimia Perancis, Marcelin Berthelot, menemui satu cara untuk mensintesis gas ini daripada karbon dan hidrogen, dengan menggunakan arka elektrik. | UMUM | |
SIMPULAN GORDIAN | Simpulan Gordian, merupakan satu simpulan yang rapi dalam mitologi Yunani. Seorang rakyat Phrygia bernama Gordius menggunakannya untuk mengikat lembunya pada pedati. Mengikut mitos, Gordius dilantik sebagai raja Phrygia kerana nasihat ahli ramal. Sebuah legenda menceritakan barang siapa yang boleh membuka simpulan Gordian akan memerintah Asia. Ramai orang mencubanya tetapi gagal. Akhirnya Iskandar Agung memotong simpulan itu dengan pedangnya, dan mengisytiharkan bahawa dia telah memenuhi ramalan tersebut. Gordius ialah ayah kepada Midas, yang sentuhannya boleh menukarkan semua benda menjadi emas. Ungkapan memotong simpulan Gordian bermakna menyelesaikan masalah yang sukar dengan cara yang mudah. | UMUM | |
TEMPE | TEMPE, sejenis makanan yang dibuat daripada kacang soya yang diragikan. Tempe popular di kalangan masyarakat Jawa. Ia adalah makanan yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Tempe yang dijual di pasar dibungkus berkeping-keping menggunakan daun ketapang. Kini, ada juga tempe yang dibungkus di dalam sarung plastik. Cara ini memang mudah, tetapi rasa tempe tidak sebegitu enak berbanding dengan tempe yang dibungkus di dalam daun. | BUDAYA | Konsep |
MAKANAN AWET | MAKANAN AWET, makanan yang tidak mudah rosak dan boleh tahan lama. Makan diawet dengan cara disangai, disalai, dijeruk, diperam, dimasak atau direndam dengan gula, garam atau cuka. Bahan pengawet utama bagi makanan ialah garam. | BUDAYA | Makanan |