Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.da.rat]/[mu.da.rat] | مضرت

Definisi : 1. sesuatu yg merugikan atau mem­bahayakan, kerugian, bahaya: selain Allah, tiadalah kuasa yg mendatangkan manfaat atau ~ kpd diri manusia; memberi ~ me­rugikan; 2. tidak berhasil (berjaya), gagal; 3. berbahaya, merugikan: huraikan satu kaedah utk membunuh kuman yg ~ yg ada di dlm susu; 4. melarat (penyakit dll), bertambah payah: maka ~lah penyakit itu; bermudarat membawa atau mendatangkan mudarat, ada mudaratnya: ular dianggap sbg binatang yg ~ kpd manusia; memudaratkan 1. mendatangkan mudarat, membahayakan, merugikan: tiada sesiapa pun yg mahu ~ dirinya sendiri; 2. mendatang­kan bahaya (bencana), membahayakan: kita telah membuat garam biasa yg tidak ~; kemudaratan perihal atau keadaan mudarat, kerugian: dia tidak suka menurut telatah kawan-kawan yg boleh membawa ~ bagi diri-nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.da.rat]/[mu.da.rat] | مضرت

Definisi : 1 yg tidak menguntungkan; yg merugikan: Hanya Allah saja yg dpt mendatangkan manfaat atau ~ kpd manusia. 2 tidak berhasil atau tidak berjaya. 3 yg berbahaya; yg tidak berguna: Jika bersenam mendatangkan ~ kpd diri saudara, tak usahlah dilakukan. memudaratkan 1 mendatangkan kerugian; merugikan. 2 mendatangkan bahaya. kemudaratan 1 segala yg tidak menguntungkan; kerugian. 2 keadaan mudarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mudarat
Kata Terbitan : kemudaratan, memudaratkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALERGI

Alergi ialah reaksi badan yang berlaku pada

individu yang sensitif terhadap bahan tertentu.

Bahan yang tidak mudarat kepada individu yang

tidak alergik mungkin menyebabkan benar-benar

teruk pada individu yang alergik.

UMUM 
SULFUR DIOKSIDA

Sulfur dioksida ialah gas beracun tidak berwarna,

dan mempunyai bau yang menusuk hidung. Sulfur

dioksida terbentuk secara semula jadi daripada

aktiviti gunung berapi dan daripada pereputan jirim

organik. Ia boleh dibuat dengan membakar sulfur

atau memanaskan sebatian sulfur logam. Ia juga

dilepaskan ke dalam atmosfera oleh loji penapisan

minyak, kilang dan loji kuasa elektrik yang membakar

batu arang atau minyak. Dalam udara yang dihidu

manusia, bahan ini boleh merengsakan mata dan

sistem pernafasan. Ia juga mungkin larut dalam titisan

air untuk membentuk hujan asid, yang boleh

mendatangkan mudarat atau membunuh hidupan liar

dan merosakkan bangunan. Hujan asid juga mungkin

terbentuk apabila sulfur dioksida di udara bertukar

menjadi sulfur trioksida. Banyak kerajaan

mengehadkan amaun sulfur dioksida yang boleh

dilepaskan oleh industri ke dalam udara.

UMUM 
MUMAIYIZ

Mumaiyiz, ialah seseorang kanak-kanak belum baligh, lazimnya berumur tujuh tahun tetapi mampu membezakan antara perkara yang baik dan buruk, perkara yang bermanfaat dan yang mendatangkan mudarat.

AGAMAKonsep

Kembali ke atas