MUHARAM | Muharam, bulan yang pertama mengikut kalendar Hijrah. Ia dinamakan Muharam kira-kira pada tahun 412 M., ketika zaman Kilab ibn Murrah, iaitu datuk kelima kepada Rasulullah s.a.w. Bulan ini dinamakan Muharam kerana pada bulan ini orang Arab diharamkan berperang dan membuat serbuan. Dikatakan juga, ia dinamakan Muharam kerana pada masa itu mereka saling berperang dan melakukan pembunuhan yang besar, lalu mereka mengharamkan pembunuhan. Oleh sebab itu, mereka menamakan bulan itu Muharam. | UMUM | |
AWAL MUHARAM | Awal Muharam, hari yang pertama dalam bulan pertama mengikut kalendar Islam. | AGAMA | Konsep |
PERANG KHAYBAR | Perang Khaybar berlaku pada bulan Muharam tahun ketujuh Hijrah antara umat Islam di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. dengan kaum Yahudi Khaybar. Peperangan ini berpunca daripada sikap orang Yahudi Khaybar dan pemimpin Yahudi daripada suku Bani Nadir yang merasakan boleh menggunakan kaum Quraisy dan beberapa suku Arab yang lain sebagai batu loncatan untuk menembusi bandar Madinah dengan tujuan menghapuskan umat Islam. Dengan itu, mereka memainkan peranan penting dalam peperangan al-Ahzab. Rasulullah s.a.w. bertekad untuk menghapuskan bahaya yang mengancam keselamatan umat Islam. | UMUM | |
PERANG KARBALA | Perang Karbala berlaku pada 10 Muharam 61 H. bersamaan dengan bulan Oktober 680 M. Peperangan ini berlaku antara tentera gabenor Kufah dari pihak kerajaan Bani Umaiyyah dengan Husayn ibn ‘Ali ibn Abu Talib bersama-sama golongan yang menyokongnya dan kaum keluarganya berhampiran bandar Kufah, Iraq. Antara sebab berlakunya peperangan ini adalah kerana Husayn ibn Ali menolak pelantikan Yazid ibn Muawiyah sebagai khalifah dan bersetuju datang ke Iraq untuk melaksanakan tuntutan pengikutnya di sana. Al-Husayn ibn Ali datang ke Iraq bersama-sama dengan 80 orang ahli keluarga dan penyokong setianya untuk bertemu dengan tentera Ubaydullah ibn Ziyad, gabenor Yazid di Kufah. Yazid tidak mahu menerima kedatangan al- Husayn ibn Ali melainkan untuk berperang. Oleh itu, berlakulah pertempuran yang menyebabkan al-Husayn syahid bersama-sama dengan pengikutnya kecuali seorang perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Zayn al- Abidin ibn al-Husayn. | UMUM | |
PERANG AL-QADISIYYAH | Perang al-Qadisiyyah berlaku pada bulan Muharam tahun 14 Hijrah bersamaan 635 Masihi. Peperangan ini berlaku antara orang Islam dengan Parsi pada zaman Khalifah ‘Umar bin Al-Khattab. Setelah berlakunya peperangan al-Buwaib, Parsi telah mengetahui beberapa ancaman yang akan menggugat negara mereka. Oleh yang demikian, Parsi telah memulakan persiapan untuk serangan yang baru dan berasingan. Mereka telah mengerahkan penduduk tempatan di bawah naungan orang Islam. | UMUM | |
MAAL HIJRAH | Maal Hijrah ialah tahun baru yang disambut pada 1 Muharam menurut takwim Islam. Takwim Islam bermula daripada peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w. bersama-sama para sahabatnya dari Makkah ke Yathrib iaitu al-Madinatul al-Munawarrah. Daripada peristiwa tersebut, dapat dihayati nilai pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan perpaduan yang dibentuk oleh masyarakat Islam Muhajirin dan Ansar di Madinah. Penghijrahan Rasulullah s.a.w. ini membawa kepada kewujudan negara Islam yang pertama, dan berperlembagaan Islam. | UMUM | |
MA'AL HIJRAH | MA’AL HIJRAH, perayaan yang disambut oleh umat Islam sempena memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w. bersama-sama para sahabatnya ke Yathrib atau yang dikenal sebagai al-Madinah al-Munawwarah (kota bercahaya). Di Malaysia, perayaan ini disambut setiap tahun dan mula dijadikan acara rasmi negara pada 1 Muharam 1407 bersamaan 5 September 1986. Perayaan ini disambut pada peringkat pusat dan negeri. | BUDAYA | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
MADRASAH AL-IQBAL | MADRASAH AL-IQBAL, sekolah rendah agama di Singapura dan kemudian berpindah ke Riau-Lingga. Madrasah ini dibuka pada bulan Disember 1907 bersamaan 1 Muharam 1326, bertempat di No. 107, Seligi Road, Singapura. Penaungnya ialah Raja Ali Ahmad dari Lingga. Dalam tempoh ini, madrasah dijadikan sebagai pusat untuk memajukan pendidikan oleh golongan Kaum Muda. Madrasah al-Iqbal telah dipilih sebagai pusat kegiatan pendidikan yang pertama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
BORIA | BORIA, seni pentas yang popular di Pulau Pinang. Pada masa dahulu, boria merupakan sebuah pantomim dalam perayaan Muharam yang diraikan oleh golongan Syiah Islam bagi merakamkan takziah atas peristiwa Perang Karbala dalam sejarah Islam di Timur Tengah. Walau bagaimanapun, pantomim takziah yang terdapat di Pulau Pinang pada masa itu banyak dipengaruhi oleh acara perayaan Durgapuja dari India yang dibawa oleh askar India Islam Syiah. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SYAIR PERANG INGGERIS DI BETAWI | SYAIR PERANG INGGERIS DI BETAWI, puisi Melayu tradisional. Syair ini merupakan hasil kesusasteraan Melayu lama berbentuk puisi, yang bercorak sejarah. Ia juga dikenali dengan nama Syair Inggeris Menyerang Kota dan Syair Perang Betawi. Syair ini terdiri daripada 435 buah rangkap termasuk dua rangkap mukadimah dan satu rangkap kolofon. Syair ini menggunakan bahasa Melayu-Jawa, bahasa Arab, parsi, Tamil dan Sanskrit. Syair Perang Inggeris di Betawi selesai dikarang pada 12 Muharam 1231 H (sekitar tahun 1815). | SASTERA | Konsep |