PERTEMPURAN MUKTAMAD LIMA BELAS | Pertempuran Muktamad Lima Belas merupakan pertempuran yang mempunyai kesan dan makna yang hebat sehingga ia mengubah sejarah dunia. Pertempuran seperti ini selalunya dikenali sebagai pertempuran muktamad atau penentu. Sir Edward Creasy (1812–1878), seorang ahli sejarah Inggeris, percaya bahawa sehingga tahun 1850, sebanyak 15 pertempuran sedemikian telah berlaku. | UMUM | |
KEKUATAN MUKTAMAD | Kekuatan muktamad lihat Kekuatan bahan. | UMUM | |
PERTEMPURAN BUXAR | Pertempuran Buxar ialah perang muktamad yang berlaku di antara tentera British dengan tentera India di Buxar, sebuah bandar di tebing Sungai Ganges. Mir Qasim, nawab (gabenor) dari Benggala, mahu menyingkirkan British dari wilayahnya. Dia membentuk perikatan dengan Nawab dari Oudh dan Shah Alam II, maharaja Mughal. Tentera India yang bergabung ini menyerang Benggala dan bertempur dengan tentera British yang diketuai oleh Major Hector Munro, pada bulan Oktober 1764. Pertempuran yang sengit itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada British. | UMUM | |
PERTEMPURAN BOYNE | Pertempuran Boyne ialah pertempuran muktamad dalam pergelutan di antara bekas Raja James II England dengan penggantinya, William III, untuk menguasai Ireland. Pertempuran itu berlaku di tebing Sungai Boyne, di barat laut Dublin. | UMUM | |
PERTEMPURAN BRITAIN | Pertempuran Britain merupakan pertempuran udara yang muktamad semasa Perang Dunia II (1939–1945). Pegawai-pegawai Luftwaffe (tentera udara Jerman) percaya bahawa ketahanan British dapat dikurangkan dengan penggunaan kuasa udara semata-mata. Mereka percaya bahawa serangan dapat dilakukan sebaik sahaja Jerman memusnahkan Tentera Udara Diraja (Royal Air Force [RAF]). | UMUM | |
TIMBANG TARA | Timbang tara ialah pengadilan sesuatu pertikaian oleh seseorang atau lebih, keputusannya adalah muktamad dan terikat. Hakimnya dikenali sebagai penimbang tara atau lembaga timbang tara . Penimbang tara dipilih oleh pihak-pihak yang bertikai atau agensi berkecuali yang dilantik oleh mereka. Keputusan penimbang tara ini dikenali sebagai award . Timbang tara boleh digunakan antara individu, kumpulan atau negara. | UMUM | |
PERTEMPURAN BLENHEIM | Pertempuran Blenheim berlaku pada 13 Ogos 1704. Ia adalah titik perubahan bagi Perang Rebut Takhta Sepanyol (1701–1714) dan salah satu pertempuran muktamad bagi sejarah Eropah. | UMUM | |
PERTEMPURAN DIEN BIEN PHU | Pertempuran Dien Bien Phu, berlaku antara komunis Vietnam, juga dikenali sebagai Vietminh , dengan Perancis pada tahun 1954. Ini merupakan pertempuran muktamad dalam Perang Indochina (1946–1954). Perancis tewas, dan melepaskan tanah jajahannya di Indochina. | UMUM | |