Mulberi ialah pokok hiasan yang buahnya berjus dan berisi. Buahnya berwarna putih, merah, atau ungu dan kelihatan seakan-akan beri hitam. Setiap satunya terdiri daripada segugus buah kecil berbiji satu. Buah ini menjadi tarikan burung, yang memakannya dan menyebarkan bijinya. Sesetengah jenis mulberi, terutamanya mulberi putih dan mulberi hitam , ditanam untuk buahnya, yang dipetik dan dimakan mentah atau dibuat jem dan wain. Bunga mulberi berwarna putih kehijauan dan tergantung bergugus-gugus. Ia didebungakan oleh angin. |