| SAIFUL BAHRI | SAIFUL BAHRI (1924 - 1976), pencipta dan penggubah lagu Indonesia. Dia lahir pada 19 September 1924 di Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia. Saiful mendapat pendidikan di Meer Uitgebreid Lager Ondwewijs (MULO), Ins Kayutaman di Sumatera Barat. Bakat Saiful mula menyerlah semasa dia masih menuntut di MULO. Sewaktu di sekolah ini, dia telah membentuk satu kumpulan muzik. Dia kemudian mengambil keputusan meninggalkan tanah kelahirannya untuk merantau mencari untung di Jakarta. Di sana, dia mencuba nasib dalam bidang muzik sepenuh masa dan pernah memimpin Orkes Studio Jakarta selama 10 tahun iaitu dari tahun 1950 hingga tahun 1960. Pada ketika itu juga dia bergabung dengan ahli muzik terkenal Indonesia, Ismail Marzuki dan Iskandar untuk bersama-sama menubuhkan trio. | BUDAYA | Tokoh |
| ROSIHAN ANWAR | ROSIHAN ANWAR (1922- ), wartawan Indonesia. Dia lahir pada 10 Mei 1922 di Kubang Nan Dua, Sumatera Barat, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Hollandsch Inlandsche School (HIS), Padang. Pada tahun 1935, dia meneruskan pelajarannya di Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO) dan tamat pada tahun 1939. Rosihan kemudian melanjutkan pelajaran ke Algemeene Middlebare School (AMS), Jurusan A (bahagian Kesusasteraan Klasik Barat) di Yogyakarta, Jawa Tengah dan tamat pada tahun 1942. Dia pernah mengikuti kursus drama di Yale University, New Haven pada tahun 1950 dan kursus kewartawanan di School of Journalism di Columbia, New York pada tahun 1954. | SASTERA | Tokoh |
| NASJAH AMIN | NASJAH AMIN (1924- ), pelukis dan penulis Indonesia. Dia lahir pada 24 September 1924 di Perbaungan, Sumatera Utara, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Noer’alamsjah Djamin. Dia mendapat pendidikan di Hollandsch Inlandsche School (HIS), Medan pada tahun 1939. Kemudian Nasjah meneruskan pelajaran di Meer Uitgedreid Lager Onderruvijs (MULO), tetapi tidak tamat. | SASTERA | Tokoh |
| USMAR ISMAIL | USMAR ISMAIL (1921-1971), wartawan, penulis dan pengarah filem Indonesia. Nama sebenarnya ialah Haji Usmar Ismail Sutan Mangkuto Ameh. Dia lahir pada 20 Mac 1921 di Bukittinggi, Sumatera Barat. Usmar Ismail berpendidikkan sekolah rendah Hollandsch-Inlandsche School (HIS), sekolah menengah Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO), sekolah AMS-All Barat Klasik di Yogyakarta (1941), dan Sekolah Menengah Tinggi di Jakarta (1943). Dia pernah mendalami pengetahuan tentang sinematografi di University of California, Los Angeles, Amerika Syarikat (1951-1952). | BUDAYA | Tokoh |
| SANUSI PANE | SANUSI PANE (1905 – 1968), penyair, dramatis dan budayawan Indonesia. Dia lahir pada 14 November 1905 di Muara sipongi, Sumatera Utara, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Hollandsch Inlandsche School (HIS) Padangsidempuan dan Tanjung Balai. Kemudian dia belajar di Europeesche Lagere School (ELS) Sibolga, di Meer Uitgebreid Lager Onderwiks (MULO) Padang dan Jakarta, hingga tamat pada tahun 1922. Sanusi pernah belajar di Sekolah Hakim Tinggi di Jakarta. Di samping itu, dia mendalami pengetahuan mengenai kebudayaan Hindu di India (1929 – 1930). | SASTERA | Tokoh |
| TEUKU ISKANDAR | TEUKU ISKANDAR (1924 - ) sarjana dan penyusun kamus. Dia lahir di Trieng Gading, Kota Sigli, Pidie, Aceh. Nama penuhnya ialah Teuku Iskandar bin Teuku Ali Basyah. Teuku Iskandar mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Belanda di Kota Sigli, kemudiannya Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO) di Kutaraja dan Algemeene Middlebare School (AMS) di Jakarta. Semasa Jepun memerintah Indonesia dia kembali semula ke Aceh untuk bersama-sama keluarganya. Dia pernah menjadi anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Pematang Siantar, Sumatera Utara, berjuang melawan tentera kolonial Belanda. Dia menjadi anggota TNI selama setahun (1946 – 1947). | SASTERA | Tokoh |
| MOHAMMAD HATTA | MOHAMMAD HATTA (1902-1980), pejuang kemerdekaan dan Naib Presiden Republik Indonesia (1948-1956). Dia lahir pada 12 Ogos 1902 di Bukittinggi, Sumatera Barat. Keluarga sebelah bapanya terkenal warak dan datuknya sendiri seorang ulama terkenal di Batu Hampar. Da mendapat pendidikan awal selama dua tahun di Sekolah Rakyat Bukittinggi dan kemudian berpindah ke sekolah Belanda di Padang (1913-1916). Selepas melanjutkan pelajarannya di Maer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO), dia berpindah ke Betawi pada tahun 1919 untuk menyambung pelajarannya di Prins Hendrik School, dalam bidang perdagangan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| SJAFRUDDIN PRAWIRANEGARA | SJAFRUDDIN PRAWIRANEGARA (1911-1989), ahli politik dan Menteri Kewangan Indonesia. Dia lahir pada 28 Februari 1911 di Anyer Kidul, Banten, Jawa Barat, Indonesia. Ayahnya asisten wedana di Banten. Dia hidup dalam keluarga yang taat beragama. Dia mendapat pendidikan awal di Europeesche Lagare School (ELS) di Ngawi, Jawa Timur. Setelah tamat dari Meer Uitgedreid Lager Onderruvijs (MULO), dia melanjutkan pelajaran ke Algemeene Middelbare School (AMS) di Bandung. Pada tahun 1924, dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Tinggi Hukum di Jakarta. Dia memperoleh Meester in de Rechten (Sarjana Hukum) pada bulan September 1929. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| AOH K. HADIMADJA | penulis Indonesia. Dia lahir pada 15 September 1911 di Bandung, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Aoh Kartahadimadja. Dia mendapat pendidikan di Meer Uitgedreid Lager Onderruvijis (MULO). Aoh pernah bekerja di perkebunan Parakan Salak, Sukabumi, Jawa Barat, Pusat Kebudayaan, di Jakarta, Balai Pustaka, Mimbar Umum, Medan (1950-1952), Sticusor Amsterdam (1952-1956), BBC London Bahagian Indonesia (1959-1970) dan PT Dunia Pustaka Jaya (1971-1973). | SASTERA | Tokoh |
| TOTO SUDARTO BACHTIAR | TOTO SUDARTO BACHTIAR (1929 - ? ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 12 Oktober 1929 di Paliman, Ceribon, Jawa Tengah, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awalnya di Hollandsche School (HIS) Banjar, Ciamis, Jawa Barat pada tahun 1942. kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Pertanian di Tasikmalaya (1946), Sekolah Menengah Pertama di Ceribon (1947), Meer Uitgedreid Lager Onderruvijs (MULO) di Bandung (1948), Sekolah Menengah Bagian Atas Negeri, Bandung (1950) dan Fakultas Hukum dan Pengetahuan Masyarakat Universitas Indonesia, Jakarta (1952). | SASTERA | Tokoh |