Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.mia] | موميا

Definisi : mayat manusia atau bangkai binatang yg diawet sebelum dikebumikan (spt yg di­amalkan pd zaman Mesir kuno); memumiakan mengawet mayat supaya tahan lama dan tidak reput dgn cara melumur­kan minyak khas dsb, dan membalutnya dgn kain, menjadikan sbg mumia: orang-orang Mesir kuno ~ jasad raja-raja mereka; pemumiaan proses atau perbuatan memu­miakan: ~ mayat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mumia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUMIA

Mumia ialah mayat yang telah diawet dan

dipulihara selama beribu-ribu tahun. Orang Mesir

purba percaya bahawa orang yang telah mati terus

hidup di alam lain dan tubuhnya perlu dipelihara

selama-lamanya seolah-olah orang itu hidup.

Mereka percaya tubuh mayat diperlukan oleh si

mati dalam alam tersebut dan mereka berusaha

keras untuk mencari kaedah pengawetan. Beribu-ribu

tahun kemudian, ahli kaji purba telah

menjumpai banyak mayat yang telah diawet di

dalam makam. Kebanyakan muzium di seluruh

dunia mempunyai satu atau lebih mumia orang

Mesir. Mumia yang paling terkenal

kemungkinannya ialah mumia Ramses II dan

Tutankhamen, iaitu firaun (pemerintah) Mesir.

UMUM 
OSIRIS

Osiris ialah dewa kesuburan orang Mesir yang

menjadi ketua dewa alam ghaib. Dia biasanya

digambarkan sebagai mumia manusia yang

berjanggut dan berkulit hijau atau hitam. Dia

memegang tongkat gembala berkelok dan cemeti

serta memakai mahkota putih berbentuk kon dengan

bulu burung unta terselit di kedua-dua belah sisinya.

UMUM 
SETI I

Seti I (memerintah pada tahun 1303–1290 S.M.)

ialah raja Mesir purba. Pada peringkat awal

pemerintahannya, baginda telah mengadakan

sekurang-kurangnya dua kempen di Syria sebagai

usaha untuk merisik perkembangan kaum Hitit

dan menubuhkan semula empayar Thutmose III di

Palestin dan Syria. Seti membina Kuil Abydos.

Baginda juga menghiasi tembok Great Hypostyle

Hall (dewan yang bertiang) di Karnak, yang

dimulakan oleh ayahanda Ramses I dan

disempurnakan oleh puteranya Ramses II.

Makamnya yang merupakan binaan paling indah

di Lembah Raja, telah ditemui pada tahun 1817

manakala mumianya bersama-sama dengan mumia

Ramses II  ditemui pada tahun 1881, dalam

satu makam lain berhampiran Dayr al-Bahri.

UMUM 

Kembali ke atas