Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mung.kar] | موڠکر

Definisi : Ar ingkar atau menderhaka kpd Tuhan (melanggar perintah Tuhan): Tuhan memelihara pesuruh-pesuruhnya drpd me-lakukan perbuatan yg ~ dan pekerjaan mak-siat; seorang yg mabuk mungkin melakukan apa jua perbuatan yg ~ kerana ia telah hilang akal; memungkari tidak menurut (perintah Tuhan dll), memungkiri, mengingkari; kemungkaran perihal mungkar, penderhakaan: ~ anaknya membantah segala cakap-nya belum diketahui oleh mereka sekalian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mung.kar] | موڠکر

Definisi : menderhaka kpd Tuhan; melanggar perintah Tuhan. memungkari tidak menurut (perintah Tuhan); mengingkari. kemungkaran perihal mungkar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mungkar
Kata Terbitan : memungkari, kemungkaran,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NAWAWIY, ABU ZAKARIYYA AL-

Nawawiy, Abu Zakariyya al- (631–676 H./

1234–1278 M.), imam terkemuka, hafiz dan sangat

tegas dalam menegakkan perkara makruf dan

mencegah perkara mungkar. Nama sebenarnya

ialah Muhy al-Din Abu Zakariyya Yahya ibn Sharaf

al-Hawaraniy al-Syafi‘iyy. Dia meninggalkan

keseronokan hidup dan tidak berkahwin. Dia

mahir dalam pelbagai ilmu dan menjawat jawatan

Syeikh di Dar al-Hadith al-Ashrafiyyah. Al-Nawawiy

sangat terkenal dalam penterjemahan rencana

dalam pelbagai disiplin ilmu. Ibn ‘Atar adalah

salah seorang muridnya yang telah membilang

karya-karyanya secara menyeluruh. Antara karya-

karyanya ialah Tahdhib al-Asma’ wa Lughat wa al-

Minhaj fi Sharh Muslim; al-Taqrib wal al-Taysir fi

al-Mustalah al-Hadith ; al-Adhkar; Riyad al-Salihin,

sebuah kitab hadith yang besar dan terkenal; al-

Majmu‘ Sharh Muhadhdhab; al-Arba‘un al-

Nawawiyyah dan Mukhtasar Asad al-Ghabah fi

Ma‘rifat al-Sahabat dan lain-lain.

UMUM 

Kembali ke atas