MUNTAH | Muntah ialah perbuatan mengeluarkan isi perut melalui mulut. Muntah mungkin terjadi dari perkara yang kecil seperti makan berlebihan atau sesuatu yang serius seperti hampir mati. Muntah mungkin disebabkan oleh beberapa perkara, termasuk kegelisahan, jangkitan bakteria, keradangan kimia dalam perut, kehamilan, radiasi, ulser, pergerakan yang luar biasa atau kesakitan yang teruk. Muntah biasanya didahului oleh loya, satu rasa kurang menyenangkan dalam perut. (Lihat Loya). | UMUM | |
SINDROM KEJUTAN TOKSIK | Sindrom kejutan toksik atau TSS (Toxic shock syndrome) ialah penyakit yang jarang-jarang berlaku yang paling sering terjadi pada wanita muda yang sedang mengalami haid. Gejalanya termasuklah suhu yang tinggi, muntah-muntah, cirit-birit, tekanan darah rendah dan ruam seperti selaran matahari. | UMUM | |
PARVOVIRUS KANIN | Parvovirus kanin juga dikenali sebagai parvovirus, ialah penyakit berjangkit yang menjangkiti anjing. Gejalanya termasuk diarea, muntah- muntah, dan demam. Anjing yang menderita penyakit parvovirus juga hilang selera makan, kekurangan air, dan kelihatan lesu. | UMUM | |
EMETIK | Emetik ialah sejenis ubat untuk membolehkan seseorang itu muntah. Emetik menyingkirkan racun atau makanan yang merengsa perut. | UMUM | |
EMETIK TARTAR | Emetik tartar ialah persediaan ubat yang pernah digunakan untuk membolehkan seseorang itu muntah. Kini ubat ini digunakan untuk pesakit mengeluarkan kahak dan mukus. | UMUM | |
MABUK GERAK | Mabuk gerak ialah keadaan rasa loya yang amat sangat, yang disebabkan oleh perjalanan. Pesakit menjadi pucat dan berpeluh. Pesakit boleh muntah sekiranya perjalanan berterusan. Kebayakan orang yang terjejas akibat mabuk gerak juga mengalami sendawa, sakit kepala, bersikap acuh tak acuh dan mengantuk. | UMUM | |
MABUK KETINGGIAN | Mabuk ketinggian ialah penyakit yang dialami pada altitud yang tinggi oleh orang yang biasa tinggal di altitud yang rendah. Ia juga dikenali sebagai mabuk gunung . Mabuk ketinggian ini disebabkan oleh keadaan yang terdedah pada tempat tinggi yang relatifnya mempunyai tekanan oksigen yang rendah. Simptomnya termasuklah sesak bernafas, pening kepala, pola tidur terganggu, loya, penglihatan kabur, kurang dengar, berat kepala, dan mudah lupa. Dalam sesetengah kes, seseorang akan muntah apabila mengalaminya. | UMUM | |