Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mus] | موس

Definisi : (ERT) pencuci mulut yg berbusa, diperbuat drpd krim, telur dsb, biasanya berperisa coklat atau buah-buahan dan dihidangkan sejuk: ~ coklat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mus] | موس

Definisi : sj penganan (pembasuh mulut) yg dibuat drpd krim, telur dsb, berperisa coklat atau buah-buahan dan dihidangkan sejuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mus


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SA‘D IBN MU‘AZ

Sa‘d ibn Mu‘az ( ? –5 H / ? –626 M), antara sahabat

Ansar yang mula-mula memeluk Islam di Madinah.

Nama penuhnya Sa‘d ibn Mu’az al-Nu‘man. Dia telah

diislamkan oleh Mus‘ab ibn ‘Umayr r.a. Keimanan

terdetik dalam hati Sa‘d ibn Mu‘az untuk beriman

setelah dia mendengar ayat suci al-Qur’an. Lantas dia

menemui kaumnya dan berkata kepada mereka:

“Percakapan lelaki dan perempuan kamu denganku

adalah haram sehingga mereka beriman dengan

Allah dan rasul-Nya”. Sesiapa yang mendengar

dakwahnya akan memeluk Islam walaupun dalam

masa yang singkat, iaitu dalam sumpah satu malam.

UMUM 
MU‘ADH IBN JABAL

Mu‘adh ibn Jabal (20 S.H.–18 H./603 M.–639

M.), sahabat Nabi s.a.w. dari kaum Ansar,

berketurunan suku Khazraj dari Madinah. Nama

penuhnya ialah Mu‘adh ibn Jabal Abu ‘Abd al-

Rahman. Dia memeluk Islam hasil usaha Mus’ab

ibn Umayr r.a. Mu‘adh turut serta ke Makkah dan

terlibat dalam Perjanjian ‘Aqabah II serta berbai’ah

bersama Rasulullah s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w.

mempersaudarakannya dengan Ja‘far ibn Abu

Talib r.a.

UMUM 
SA‘D IBN ‘UBADAH

Sa‘d ibn ‘Ubadah ( ? –14 H. / ?–635 M.) ialah salah

seorang sahabat dari golongan Ansar Bani Sa’idah,

berasal daripada al-Khazraj, sebuah bandar di antara

Yathrib–Taibah. Dia salah seorang pemimpin pada

zaman Jahiliyah dan juga Islam. Dia digelar sebagai

al-Kamil kerana pengetahuannya dalam bidang

penulisan, memanah dan berenang. Dia memeluk

Islam di tangan seorang sahabat Mus‘ab ibn ‘Umayr

r.a., di rumah As‘ad ibn Zurarah dan telah menyertai

perjanjian ‘Aqabah Kedua. Sa‘ad ibn ‘Ubadah telah

memberi pengakuan taat setia kepada Rasulullah

s.a.w. tanpa pengetahuan orang kafir, dan dia dipilih

salah seorang daripada 12 orang ketua.

UMUM 

Kembali ke atas