| MUSIM BUNGA | Musim bunga ialah musim antara musim sejuk dengan musim panas. Hemisfera Utara mengalami musim bunga pada akhir bulan Mac, April, Mei, dan awal bulan Jun. Di Hemisfera Selatan, musim bunga bermula sekitar bulan September dan berakhir menjelang awal bulan Disember. Untuk tarikh hari pertama musim bunga dan maklumat lain, lihat Musim. | UMUM | |
| RINITIS ALERGI | Rinitis alergi ialah alahan yang selalu berlaku pada musim bunga, musim panas dan musim luruh. | UMUM | |
| ANEMON | Anemon ialah mana-mana satu daripada lebih 150 spesies bunga musim bunga yang hidup di hutan jarang dan di desa. Namanya berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud “angin”. Ia juga dinamakan bunga angin . | UMUM | |
| SPICA | Spica ialah bintang yang paling cerah dalam buruj Virgo. Spica paling jelas kelihatan di langit senja pada musim bunga. Ia terletak lebih kurang 220 tahun cahaya dari Bumi dan memancarkan cahaya sehingga 2400 kali ganda cahaya matahari (lihat Tahun cahaya). | UMUM | |
| LILI MARIPOSA | Lili mariposa ialah sekumpulan lebih kurang 60 spesies bunga yang mekar pada musim bunga dalam famili lili. Bunganya yang cantik kadangkala dinamakan tanglong pari-pari, tulip glob, lili sego atau lili rama-rama. Kelopak bunganya menyerupai sayap rama-rama. Mariposa ialah perkataan Sepanyol bagi rama-rama. | UMUM | |
| DAFODIL | Dafodil ialah bunga berwarna kuning yang mekar pada awal musim bunga. Ia ialah jenis narsisus, dan berasal dari Eropah. Ia hidup liar di hutan kecil. Dafodil juga banyak ditanam di taman di bahagian-bahagian lain di dunia. | UMUM | |
| MUSIM | Musim ialah satu daripada empat tempoh dalam setahun. Setiap musim – bunga, panas, luruh, dan sejuk – berlangsung kira-kira tiga bulan dan membawa perubahan suhu, cuaca, dan panjang waktu siang. | UMUM | |
| POKOK JUDAS | Pokok judas ialah pokok kecil yang berasal dari selatan Eropah. Pokok judas kelihatan cantik terutamanya pada awal musim bunga apabila keseluruhan pokok diliputi bunga halus berwarna samar, setiap satunya panjangnya kira-kira 2.5 sentimeter. Bunganya keluar dari kayu lama dan ranting baru. Ia berbunga sebelum daunnya muncul. Kulit pokok yang berwarna kemerahan adalah licin dan kayunya keras berira rapat. Daunnya berbentuk hati. Pokok judas mengeluarkan banyak biji dalam lenggai yang leper, nipis. Pokok ini dikenali sebagai pokok judas kerana kepercayaan bahawa Judas Iscariot, pembelot Jesus Christ, menggantung dirinya pada pokok demikian. | UMUM | |
| ANEMON HUTAN | Anemon hutan ialah nama bagi dua spesies tumbuhan berbunga putih yang tumbuh dalam hutan jarang di Hemisfera Utara. Kedua-dua jenis tumbuhan ini berbunga pada musim bunga sebelum permukaan tanah dilindungi oleh daun pokok yang baru membesar. | UMUM | |
| SIROCCO | Sirocco ialah nama Itali bagi angin panas yang bertiup ke arah utara dari Gurun Sahara atau Gurun Arab yang panas dan kering. Tiupan angin ini kerap berlaku semasa musim bunga di negara Eropah, di bahagian utara Laut Mediterranean. Angin sirocco mungkin membawa bersamanya lembapan semasa melintasi Laut Mediterranean dan tiba di pantai Eropah sebagai angin yang panas dan lembap. Semasa bertiup ke arah utara, angin ini menghasilkan kabus dan hujan. Kadangkala angin ini membawa bersamanya debu gurun. Apabila angin sirocco yang kering bertiup, butir pasir yang halus menjadikan langit gelap. Angin ini menyebabkan selaran matahari pada kulit dan mengeringkan tekak. Istilah sirocco kadangkala digunakan untuk merujuk kepada apa-apa angin panas yang tidak bermusim yang bertiup dari selatan di kawasan Mediterranean. | UMUM | |