| MUSIM PANAS | Musim panas ialah musim yang paling panas dalam setahun. Hemisfera Utara, iaitu separuh bahagian bumi di utara, mengalami musim panas pada akhir bulan Jun, Julai, Ogos, dan awal September. Hari-hari bak hari musim panas kadangkala berlaku pada pertengahan musim luruh. Di Hemisfera Selatan, musim panas bermula dari akhir bulan Disember hingga awal bulan Mac. Untuk tarikh hari pertama musim panas dan perincian tentang kedudukan bumi dan matahari Lihat juga Musim. | UMUM | |
| RINITIS ALERGI | Rinitis alergi ialah alahan yang selalu berlaku pada musim bunga, musim panas dan musim luruh. | UMUM | |
| MUSIM BUNGA | Musim bunga ialah musim antara musim sejuk dengan musim panas. Hemisfera Utara mengalami musim bunga pada akhir bulan Mac, April, Mei, dan awal bulan Jun. Di Hemisfera Selatan, musim bunga bermula sekitar bulan September dan berakhir menjelang awal bulan Disember. Untuk tarikh hari pertama musim bunga dan maklumat lain, lihat Musim. | UMUM | |
| STEPPE | Steppe ialah kawasan yang terutamanya diliputi oleh rumput pendek. Steppe terdapat di kawasan kering yang mengalami musim panas yang panas dan musim sejuk yang sejuk. Kebanyakan steppe menerima purata hujan dari 25 sentimeter hingga 50 sentimeter setahun – kurang hujan daripada di praire tetapi lebih banyak hujan daripada gurun. Kawasan pedalaman di Asia, Eropah, dan Amerika Utara mempunyai steppe yang luas. Kebanyakan tumbuhan steppe membesar kurang daripada 30 sentimeter tingginya. | UMUM | |
| SUSSEX | Sussex ialah kaunti yang besar di pantai barat daya England. Ramai orang bercuti mengunjungi bandar-bandar tepi pantainya pada musim panas. Kebanyakan penduduk Sussex tinggal berdekatan dengan kawasan pantai dan berulang-alik ke London kerana bekerja. Salah satu daripada pertempuran masyhur dalam sejarah Britain berlaku di Sussex berhampiran bandar Hastings pada tahun 1066. Pada pertempuran ini, Duke William dari Normandy mengetuai serangan yang berjaya menakluki England dan menjadi King William I (the Conqueror). | UMUM | |
| MUSIM LURUH | Musim luruh ialah musim di antara musim panas dengan musim sejuk. Hemisfera Utara yang meliputi separuh bahagian utara bumi mempunyai cuaca musim luruh dari akhir bulan September, Oktober dan November. Cuaca musim luruh tidak lama di kawasan kutub, tempat yang cuaca musim sejuknya benar-benar sejuk bermula lebih awal. Di kawasan tropika, terdapat sedikit kelainan musim atau tiada kelainan musim. Hemisfera Selatan mempunyai musim luruh dari bulan Mac hingga awal Jun. Untuk tarikh hari pertama musim luruh, dan untuk maklumat tentang kedudukan bumi dan matahari semasa musim luruh, lihat Musim. | UMUM | |
| DEUTZIA | Deutzia ialah pokok renek yang berkaitan dengan tiga deli. Ia mempunyai gugus bunga berwarna putih, samar atau keunguan. Ia berbunga pada musim bunga atau awal musim panas, dan biasanya mempunyai lima kelopak. Daunnya, yang berganti baharu setiap tahun, mempunyai gerigi kecil di sepanjang tepinya dan diliputi dengan bulu gebu kasar. | UMUM | |
| STATIS | Statis, yang juga dikenali sebagai lavender laut, ialah tumbuhan di Eropah Barat yang tumbuh di rawang masin. Ia tumbuh dengan banyak dan menjadikan rawang kelihatan berwarna biru keunguan pada musim panas. | UMUM | |
| AGERATUM | Ageratum ialah pokok taman yang popular, tumbuh rendah dan semusim yang popular. Bunganya berwarna biru pucat, putih, atau samar. Ia berbunga sepanjang musim panas. Setiap kuntum bunga mempunyai banyak bunga kecil berbentuk tiub yang tumbuh rapat-rapat. Pokok ageratum boleh ditanam daripada biji pada mulanya di dalam rumah pada awal musim bunga, atau ditanam di luar rumah kemudiannya. | UMUM | |
| SHOVELER | Shoveler yang juga dikenali sebagai spoonbill, ialah itik kecil Hemisfera Utara yang mempunyai paruh panjang berbentuk sudu. Ia hidup di Eropah, Asia, dan Amerika Utara pada musim panas, dan berhijrah ke selatan pada musim sejuk, ke Afrika Utara, selatan Asia, dan Amerika Selatan. Bahagian atas paruh menutup bahagian bawah. Burung jantan berkepala hijau, berdada putih, dan berbadan biru dan perang. Shoveler memakan moluska, serangga, dan akar di air cetek. Ia mengambil semulut penuh lumpur dan air menapisnya melalui “palung” sisi paruhnya, meninggalkan makanan di dalamnya. Ia membuat sarang di atas tanah, kadangkala agak jauh dari air. Burung betina bertelur dari 6 hingga 14 biji telur berwarna kehijauan pucat hingga kebiruan. Pengelasan saintifik. Shoveler tergolong dalam famili Anatidae. Ia adalah Anas clypeata. | UMUM | |