IKHWAN AL-MUSLIMIN | | UMUM | Umum |
HIZBUL MUSLIMIN | Hizbul Muslimin, parti politik beraliran Islam yang pertama di Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PERANG HITTIN | Perang Hittin berlaku pada akhir bulan Rabiulawal tahun 583 H., bersamaan bulan Julai 1187 antara kaum Muslimin yang dipimpin oleh Salahuddin al-Ayubbi dengan tentera Salib di daerah Syam yang kini terletak dalam kawasan takluk Israel, iaitu di sebelah barat tasik Tabariyah. | UMUM | |
MAKKAH AL-MUKARRAMAH | Makkah al-Mukarramah ialah bandar yang paling terkenal di dunia Islam. Seluruh hati para Muslimin di segenap ceruk penjuru dunia tertumpu padanya. Di sanalah terletak tempat suci Islam seperti Masjidilharam, Kaabah, Mina, Muzdalifah dan Arafah. | UMUM | |
SYAM (SYRIA), PEMBUKAAN | Syam (Syria), Pembukaan berlaku pada zaman pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq r.a., yang mengarahkan sekumpulan tentera Muslimin menuju ke Syam di bawah pimpinan panglima-panglima utama seperti Al-Walid ibn ‘Uqbah , ‘Amru ibn al’ As, Abu Ubayah Amir ibn al-Jarrah dan Yazid ibn Abu Sufian. | UMUM | |
PERANG HUNAYN-HAWAZIN | Perang Hunayn-Hawazin berlaku pada 10 Syawal tahun kelapan H., sebaik sahaja selesai pembukaan atau penaklukan Makkah al- Mukarramah. Peperangan ini berlaku antara kaum muslimin yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w. dengan kaum musyrikin dari kabilah Hawazin dan kabilah Thaqif di daerah Ta’if. | UMUM | |
ABU BAKAR AL-BAQIR | Abu Bakar al-Baqir (1907–1973), tokoh politik, agama dan pendidik Malaysia. Dia ialah pengasas Maahad el-Ehya al-Shariff, Gunung Semanggol, Perak. Dia juga ialah pengasas Hizbul Muslimin, sebuah parti politik yang ditubuhkan pada tahun 1948. | UMUM | |
SAMURAH IBN JUNDAB AL-FAZARIY | Samurah ibn Jundab al-Fazariy ( ? –58 H./? – 677 M.) merupakan salah seorang sahabat nabi yang masyhur. Dia juga adalah ayah kepada Jabir, salah seorang sahabat nabi. Ketika masih kecil dia menyeru kaum muslimin supaya berjihad dalam Perang Uhud bahkan turut menyertai perang tersebut termasuk juga perang-perang yang lain. Dia meriwayatkan 130 hadith dengan menulisnya dalam buku untuk lebih mengingatinya. Selain itu, dia pernah menulis sepucuk surat untuk anak-anak lelakinya. Ibn Sirin mengulas tentang surat tersebut. Surat itu mengandungi ilmu yang banyak. Samurah pernah menjadi gabenor Basrah dan Kufah pada zaman pemerintahan Mu’awiyah. Dia meninggal dunia di Basrah. | UMUM | |
LESBUMI | LESBUMI, persatuan seniman dan budayawan muslim Indonesia. LESBUMI adalah singkatan Lembaga Seniman Budayawan Muslimin Indonesia. LESBUMI ditubuhkan oleh Nahdatul Ulama pada 28 Mac 1962 di Jakarta. LESBUMI berusaha untuk menghimpun para seniman dan budayawan Muslimin Indonesia dalam suatu wadah untuk menghadapi kritikan Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). | SASTERA | Institusi/Organisasi |
SURAH AL-SYURA | Surah al-Syura ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-42 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 53 ayat. Namanya diambil bersempena dengan kepentingan syura (mesyuarat) dalam pentadbiran Islam dan kaum muslimin digesa agar mengikuti metodologi syura dalam mengatur urusan hidup mereka. | UMUM | |