Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar perundingan dgn pihak-pihak lain utk menyelesaikan masalah atau men­capai persetujuan: MBIM boleh mengadakan forum ~ kebahasaan antara Malaysia dgn Indonesia; kesediaan menyelesaikan masa-lah secara ~ dgn perasaan terbuka dan ber-tolak ansur; bermusyawarah berunding, bermesyuarat: satu ciri yg ketara dlm masyarakat timur ialah konsep gotong-royong dan ~ utk menye-lesaikan masalah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata musyawarah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUSYAWARAH MUSYAWARAH , kaedah yang digunakan oleh anggota masyarakat, khususnya pemimpin, untuk meninjau dan membulatkan pendapat dan saranan ramai tentang masalah yang melibatkan kepentingan bersama. Musyawarah dijalankan atas prinsip tertentu yang harus dijunjung dan dipelihara bersama bagi menjamin keutuhan masyarakat tersebut. Sejak mula diamalkan dalam masyarakat purba hingga sekarang, musyawarah merupakan satu amalan demokrasi yang bertindak sebagai penghalang kepada merebaknya kepimpinan autokratik. Dalam Islam, musyawarah terbit daripada konsep syuro’ yang bermaksud bermesyuarat beramai-ramai untuk membincangkan kepentingan ummah dan menyelesaikannya menurut hukum syariah.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKaedah
PERSATUAN ULAMA SELURUH ACEH

PERSATUAN ULAMA SELURUH ACEH, pertubuhan golongan ulama yang mempunyai tujua sosial dan politik di Aceh, Sumatera, Indonesia.  Persatuan Ulama Seluruh Aceh (PUSA) ditubuhkan pada 5 Mei 1939 dalam satu musyawarah pada ulama yang diadakan di Matang Gelumpang Dua, Aceh.  Dalam musyawarah ini, Teungku Muhammad Daud Beureueh dilantik sebagai ketua 1, Teungku Abd. Rahman Meunasah Meucap sebagai ketua II, Teungku M. Nur Ibrahimy sebagai setiausaha I, Teungku Ismail Yacub sebagai setiausaha II dan Teungku M. Amin sebagai bendahari.  Ahli jawatankuasa pula terdiri daripada Teungku Abd. Wahab Samalanga, Teungku Syekh Haji Abdul Hamid, Teungku M. Daud, Teungku Usman Lampoh Awe dan Teungku Yahya Baden.  Rata-rata pemimpin PUSA merupakan tokoh pejuang Aceh.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
BMKNBMKN,  organisasi kebudayaan Indonesia.  BMKN ialah singkatan bagi Badan Musyawarah Kebudayaan Nasional.  BMKN  ditubuhkan hasil daripada Kongres Kebudayaan yang berlangsung di Magelang pada tahun 1948, semasa revolusi mempertahankan Proklamasi Kemerdekaan Republik Indonesia yang dicetuskan pada 17 Ogos 1945.  Nama asalnya Lembaga Kebudayaan Indonesia tetapi setelah berlangsung kongresnya di Bandung (1952), namanya diubah menjadi BMKN.SASTERAInstitusi/Organisasi
BALADA ORANG-ORANG TERCINTA

BALADA ORANG-ORANG TERCINTA, kumpulan puisi berbentuk balada karya W.S. Rendra yang terbit pertama kali pada tahun 1956. Antara semua kumpulan puisi Rendra yang ada, kumpulan puisi ini penting kerana: (i) merupakan kumpulan puisi pertama Rendra sehingga dapat digunakan sebagai titik tolak bagi pemahaman sejarah kepenyairan penyair yang bersangkutan, (ii) merupakan kumpulan puisi yang berhasil mendapatkan Hadiah Sastera Nasional Badan Musyawarah Kebudayaan Nasional (BMKN), dan (iii) sebagai kumpulan puisi pertama dalam sejarah perpuisian Indonesia yang didominasi oleh bentuk balada.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas