RAWSTHORNE, ALAN | Rawsthorne, Alan (1905–1971), penggubah Inggeris yang terkemuka, terkenal kerana mutu muziknya yang <i> atonal i> (bebas tidak bertulis). | UMUM | |
DAVIES, SIR PETER MAXWELL | Davies, Sir Peter Maxwell (1934– ), penggubah dan pemimpin pancaragam British. Gubahannya terkenal kerana mutu yang progresif dan ditulis dalam ungkapan moden yang tersendiri. | UMUM | |
PRICE, LEONTYNE | Price, Leontyne (1927– ) ialah penyanyi Amerika Syarikat yang digolongkan sebagai salah seorang soprano yang paling terkenal dalam zamannya. Suaranya yang lantang mempunyai mutu getaran yang menarik dan luar biasa kepelbagaiannya. Price menjadi masyhur kerana resital konsert dan persembahan operanya juga. Peranan lakonnya dalam opera <i> Aida i> mungkin merupakan <i> i> peran operanya yang <i> i> paling terkenal. Lakonannya pada tahun 1960, di La Scala di Milan, Itali, menjadikan dia terkenal di seluruh dunia. Dialah wanita kulit hitam pertama yang menjadi penyanyi utama dengan syarikat opera yang masyhur itu. | UMUM | |
EDISON, THOMAS ALVA | Edison, Thomas Alva (1847–1931) ialah salah seorang pencipta dan pemimpin industri teragung dalam sejarah. Sumbangannya yang paling terkenal termasuklah penciptaan lampu elektrik, fonograf (pemain rekod), dan penambahbaikan mutu telegraf, telefon, dan filem. | UMUM | |
REINER, FRITZ | Reiner, Fritz (1888–1963) ialah salah seorang pemimpin orkestra simfoni dan opera yang ulung pada zamannya. Dia dikenali kerana keistimewaan persembahan muziknya, hasil gubahan komposer Eropah Tengah. Orkestra yang dilatih oleh Reiner menjadi masyhur kerana mutu persembahannya. | UMUM | |
PIAWAI PERDAGANGAN | Piawai perdagangan memastikan perdagangan dijalankan secara jujur dan adil. Di Britain , majlis kaunti mentadbirkan jabatan piawai perdagangan, yang menguatkuasakan peraturan kerajaan pusat ke atas perundangan pengguna. Tanggungjawab jabatan ini meliputi pelbagai bidang termasuk kawalan mutu, serta timbangan dan ukuran. Jabatan ini juga menguatkuasakan Akta Perihal Perdagangan. | UMUM | |
GERAKAN SENI DAN KRAF | Pergerakan seni gunaan yang pengaruhnya berkait dengan seni reka bentuk dalaman dan seni bina. Pergerakan abad ke-19 ini tersebar luas di Britain dan Amerika. Ia memberi penekanan terhadap kraf dan mutu reka bentuk yang tinggi bagi menghasilkan objek-objek dan peralatan kegunaan harian. | KEJURUTERAAN | Peristiwa |
PSIKOLOGI PERINDUSTRIAN | Psikologi perindustrian berkaitan dengan orang ramai di tempat kerja. Ia dikenali juga sebagai <i> psikologi personel i> . Bidang yang berkait rapat dengannya ialah <i> psikologi organisasi i> . Secara tradisinya, ahli psikologi perindustrian telah membuat penilaian terhadap perbezaan antara pekerja dan telah mengukur mutu kerja perseorangan. Ahli psikologi organisasi cuba memahami bagaimana fungsi bekerja dalam sesebuah organisasi dan bagaimana pula fungsi organisasi dalam sesebuah masyarakat. | UMUM | |
SENI TERA JEPUN | Seni tera Jepun ialah sejenis ilustrasi Jepun yang dicetak di atas kertas dengan menggunakan bongkah kayu yang telah diukir. Kebanyakan seni tera Jepun yang terkenal dihasilkan dari tahun 1600-an hingga akhir tahun 1800-an. Seni tera ini terkenal kerana coraknya yang sangat menarik, warnanya yang garang dan juga kerana mutu teknikalnya. | UMUM | |
DASAR BURUH NEGARA | Dasar Buruh Negara, dasar yang dibentuk untuk meningkatkan mutu perburuhan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Dasar |