Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.zi.kal] | موزيکل

Definisi : berharmoni, merdu: keindahan bunyi yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata muzikal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OPERETA

Opereta ialah sejenis teater muzikal yang

popular sejak pertengahan tahun 1800-an hingga

tahun 1920-an. Opereta berkembang daripada

opera komedi Perancis. Walau bagaimanapun,

tidak seperti opera, opereta mengandungi dialog

yang diucapkan, bukan dialog yang dinyanyikan,

dan lagu, bukan aria. Overtur opereta sering kali

lebih merupakan rangkai lagu daripada

pertunjukan itu daripada gubahan yang

berasingan, seperti dalam opera.

UMUM 
ÉTUDE

Étude ialah gubahan muzikal pendek yang ditulis

khusus untuk membolehkan pelajar mengamalkan

teknik tertentu.

UMUM 
OVERTUR

Overtur ialah sejenis instrumental muzik yang

digubah untuk dimainkan dalam karya muzikal

yang lebih panjang, terutamanya opera.

Sesetengah overtur, yang dikenali sebagai overtur

konsert , sering dipersembahkan sebagai gaya

instrumental muzik tersendiri.

UMUM 
RICE, TIM

Rice, Tim (1944– ), penulis dan penyiar British,

menjadi terkenal dengan usahasamanya bersama

Andrew Lloyd Webber yang menghasilkan lakon

muzikal Joseph and the Amazing Technicolour

Dreamcoat (1968), Jesus Christ, Superstar (1970), dan

Evita ! (1976).

UMUM 
KAUFMAN, GEORGE S.

Kaufman, George S. (1889–1961) ialah penulis

drama Amerika. Dia telah menulis lebih 40 buah

drama dan komedi muzikal, yang hampir

kesemuanya adalah hasil kerjasama dengan

pengarang lain. Hasil karyanya yang terkenal ialah

komedi satira yang bertenaga.

UMUM 
KOMEDI MUZIK

Komedi muzik ialah sejenis drama yang

mengisahkan sebuah cerita melalui gabungan

dialog lisan, lagu, dan tarian. Komedi muzik juga

dikenali sebagai muzikal.

UMUM 
MICHENER, JAMES ALBERT

Michener, James Albert (1907–1997) ialah

pengarang Amerika yang telah memenangi

Hadiah Pulitzer tahun 1948 bagi kategori fiksyen

untuk koleksi ceritanya, Tales of the South Pacific

(1947). Buku itu menghuraikan kehidupan anggota

tentera Amerika Syarikat di kalangan penduduk

Kepulauan Solomon semasa Perang Dunia II.

Joshua Logan, Richard Rodgers dan Oscar

Hammerstein II menerbitkan komedi muzikal

mereka, South Pacific (1949) berasaskan koleksi

cerita Michener.

UMUM 
BRICE, FANNY

Brice, Fanny (1891–1951) ialah pelakon komedi

dan penyanyi wanita Amerika dalam komedi

muzikal dan di radio. Dari tahun 1910 hingga

pertengahan tahun 1930-an, Brice mengambil

bahagian dalam banyak persembahan pusparagam

muzik.

UMUM 
MOLNÁR, FERENC

Molnár, Ferenc (1878–1952) ialah penulis drama

Hungary yang terkenal pada zamannya. Dia menulis

drama komedi romantik dengan dialog yang lucu.

Dalam The Guardsman (1910), seorang suami yang

cemburu, berpura-pura menjadi musuhnya sendiri.

The Glass Slipper (1924) mempersembahkan drama

komedi berdasarkan kisah Cinderella. Liliom (1909)

sebuah drama yang lebih serius mengenai taman

hiburan, kemudiannya yang menjadi asas kepada

drama muzikal Rodger dan Hammerstein, Carousel

(1945). Antara drama komedi Molnár yang lain,

termasuklah The Devil (1907), The Swan (1920), dan

The Play’s the Thing (1926).

UMUM 
AYCKBOURN, ALAN

Ayckbourn, Alan (1939– ), penulis drama dan

pengarah teater British, menjadi terkenal kerana

komedinya. Banyak komedinya memaparkan

pelbagai aspek kehidupan di bandar. The Norman

Conquests (1974) merupakan sebuah trilogi

(kumpulan tiga drama) yang mengisahkan parti di

rumah hujung minggu yang sama dari sudut

pandangan tiga orang yang berbeza. Joking Apart

(1979) mengisahkan bagaimana pasangan yang

dominan lama-kelamaan berjaya menguasai hidup

jiran-jiran mereka di subbandar. Lain-lain drama

Ayckbourn termasuk Absurd Person Singular

(1973), Sisterly Feelings (1980), Chorus of

Disapproval (1985) dan Henceforward (1987).

Ayckbourn juga terlibat dalam filem muzikal.

UMUM 

Kembali ke atas