Cantuman p-n, kawasan pertemuan dua jenis semikonduktor, iaitu jenis n dan jenis p. Kebanyakan peralatan semikonduktor menggunakan cantuman di antara semikonduktor jenis n, iaitu penderma dan semikonduktor jenis p, yang bertindak sebagai penerima.
satu bentuk muzik yang popular. Muzik ini mula muncul di Amerika Syarikat pada awal tahun 1950-an.
N ialah huruf ke-14 dalam abjad Inggeris. Ia juga
huruf ke-14 dalam abjad yang digunakan oleh orang
Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin.
Simbol ini berasal daripada hiroglif Mesir (atau
tulisan bergambar) untuk ular. Kemudian tradisi
Semit Barat menamakan huruf ini sebagai nun,
perkataan yang digunakan untuk ikan. Orang Yunani
mengambil alih huruf ini daripada Phoenicia dan
menamakannya sebagai nu. Lihat Abjad.
N’Djamena (pend. 511 700) ialah ibu negara dan
bandar terbesar Chad. Ia terletak di sempadan
barat daya negara tersebut, iaitu di pertemuan
Sungai Chari dan Sungai Logone. Untuk lokasi,
lihat Chad (peta).
Aidit D.N. (1923–1965), mengetuai Parti Komunis
Indonesia dari tahun 1951 hingga tahun 1965. Dia
berjaya membina sebuah parti politik Indonesia
yang terbesar dan tersusun dengan baik, dengan
keanggotaan lebih daripada tiga juta orang. Parti
Komunis yang diketuainya menyokong Presiden
Sukarno. Selepas percubaan rampasan kuasa oleh
pegawai tentera prokomunis pada tahun 1965, Aidit
melarikan diri ke Jawa Tengah, dan dia telah
ditembak di sana.
MASURI S.N. (1927- ), penyair Singapura. Dilahirkan 11 Jun 1927 di Geylang Serai, Singapura. Huruf S dan N selepas nama Masuri itu ialah singkatan bagi Salikun dan Nawi. Salikun ialah nama ayahnya dan Nawi pula ialah gelaran ayahnya. Dia juga menggunakan nama pena Martina.
D.N. AIDIT (1923-1965), Setiausaha Agung Parti Komunis Indonesia (PKI). Dia lahir pada 30 Julai 1923 di Pulau Bangka, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Jafar Nawawi Aidit. Dia merupakan seorang pemimpin pemuda pada saat Proklamasi Indonesia pada bulan Ogos 1945.
Shoran (kependekan bagi short range navigation)
ialah sistem elektronik yang digunakan untuk
pandu arah udara julat dekat. Kapal terbang yang
menggunakan shoran menghantar isyarat radio
ke dua stesen bumi, yang menyiarkan semula
isyarat itu kepada kapal terbang berkenaan.
Alatan elektronik merekodkan jeda masa antara
penghantaran dengan penerimaan isyarat. Shoran
mengira jarak ke stesen berdasarkan jeda masa
tersebut. Shoran dicipta semasa Perang Dunia II
oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan industri
swasta. Lihat juga Loran; Pandu arah.
Newton unit dalam sistem metrik yang digunakan
untuk mengukur tenaga. Simbolnya N. Satu newton
ialah tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan
atau mengurangkan halaju satu kilogram objek kali
satu meter sesaat setiap saat.
Jumlah newton yang diperlukan untuk
memecutkan objek dapat dikira dengan
menggunakan formula F = ma. Jisim ( m ) suatu
objek dalam kilogram didarab dengan gerakan ( a )
dalam meter sesaat persegi untuk menentukan
tenaga ( F ).
Unit newton diberi nama bersempena dengan
nama ahli sains Inggeris Sir Isaac Newton.
Lihat juga Pascal.
Thanks for clicking. That felt good.