ASMA | Asma ialah penyakit yang melibatkan kesesakan nafas. Kesukaran bernafas ini boleh menyerang penghidap asma dengan serangan tiba-tiba dan mendadak yang berlaku secara berkala. Gejalanya termasuklah bunyi berdehit dari dada semasa menarik nafas malah lebih kuat lagi bunyi berdehit semasa menghembuskan nafas. Pesakit mungkin tercungap-cungap dan berasa seolah-olah dia kelemasan. | UMUM | |
MENYELAM | Menyelam ialah aktiviti berenang di bawah permukaan air sambil menahan nafas atau bernafas menggunakan tangki udara termampat. Istilah ini umumnya merujuk kepada selam tahan nafas , iaitu bentuk menyelam yang paling tua dan paling ringkas. Menyelam dengan menggunakan bantuan tangki udara dikenali sebagai selam skuba . | UMUM | |
KONSONAN | Konsonan ialah huruf atau bunyi dalam ujaran yang memerlukan halangan nafas oleh lidah, gigi, atau bibir. | UMUM | |
EMFISEMA | Emfisema ialah penyakit paru-paru yang pesakitnya akan menghadapi kesukaran bernafas, terutamanya apabila mereka menghembuskan nafas. | UMUM | |
ALAHAN MAKANAN | Alahan makanan ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan sebarang keadaan, daripada serangan bersin dan mata berair, hingga kepada sesak nafas, ruam merah yang gatal atau bibir dan lidah yang bengkak selepas memakan sesuatu jenis makanan. | PEMAKANAN | Penyakit |