Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[naf.kah] | نفقه

Definisi : 1. wang (makanan dll) yg diperlukan utk hidup, sara hidup: siapa yg menanggung ~ anak yatim itu? 2. makanan dll sehari-hari, rezeki; mencari ~ mencari rezeki (bekerja utk mendapatkan rezeki); 3. perbelanjaan dll yg wajib diberikan oleh suami kpd isterinya: suami wajib menanggung ~ isterinya; ~ batin hak bersetubuh isteri; ~ zahir belanja hidup isteri; 4. bp pendapatan, gaji; menafkahi memberi nafkah, menyarai hidup seseorang; menafkahkan mengeluarkan (wang dll) utk makanan sehari-hari, membelanjakan (wang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[naf.kah] | نفقه

Definisi : 1 wang, makanan dll yg diperlukan utk hidup; sara hidup. 2 perbelanjaan dll yg wajib diberikan oleh suami kpd isterinya. 3 makanan sehari-hari; rezeki: mencari ~ bekerja utk mendapatkan rezeki. menafkahi memberikan nafkah kpd; menyara hidup seseorang: Ayah bekerja keras utk ~ kami sekeluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nafkah
Rujuk :rezeki

Puisi
 

Anak dara pergi ke Jeddah,
     Sampai di Jeddah berperi-peri;
Menjual suara bukannya mudah,
     Hendak mencari nafkah sendiri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Memberakkan periuk nasi sendiri.

Bermaksud :

Mengkhianati tempat mencari nafkah atau tempat menumpang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NAFKAH

Nafkah, merupakan tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh mereka yang mempunyai kuasa terhadap orang yang ditanggungnya.

AGAMAKonsep

Kembali ke atas