Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.has] | نحس

Definisi : 1. sial (dikaitkan dgn hari, bulan, dsb yg dipercayai kurang baik): hari Rabu akhir bulan ini biasanya hari ~; 2. kecelakaan, kemalangan: memang dia sendiri yg me­manggil ~nya, tidak boleh menyalahkan orang lain; ~ jalan raya; menahaskan menganggap nahas, menyial­kan, mencelakakan; kenahasan perihal nahas, kesialan, kecelakaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.has] | نحس

Definisi : 1 sial yg berpunca drpd sesuatu yg dianggap kurang baik; malang. 2 kemalangan; kecelakaan: Dia telah mati dlm ~ jalan raya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nahas
1. Bersinonim dengan malang
( sial, tidak bernasib baik, tidak beruntung, celaka, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan kemalangan
( kecelakaan, malapetaka, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : menahaskan, kenahasan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NAHAS KAPAL

Nahas kapal ialah kemusnahan atau kehilangan

sesebuah kapal. Nahas kapal disebabkan oleh

pelbagai punca. Sebuah kapal mungkin musnah

kerana kebakaran atau ia mungkin tenggelam

selepas bertembung dengan kapal lain.

UMUM 
KELUARGA WYSS

Keluarga Wyss, menulis The Swiss Family

Robinson, cerita pengembaraan kanak-kanak yang

popular berkenaan dengan keluarga yang

mengalami nahas kapal. Johann David Wyss (1743–

1818) ialah pastor Switzerland, yang mereka cerita

tersebut untuk diberitahu kepada empat orang anak

lelakinya yang masih kecil. Dia menulis untuk

keluarganya dan melukis ilustrasi bersama-sama

anak lelakinya Johann Emanuel (1782–1837).

Beberapa tahun kemudian, seorang anak lelakinya

yang lain, Johann Rudolf (1781–1830) menemui

semula cerita tadi. Dia menyemaknya dan

menerbitkannya pada tahun 1812 dan tahun 1813.

Dia dan ayahnya kadangkala dianggap sebagai

pengarang kisah tersebut.

UMUM 
MOHAMED FUAD STEPHENS, TUN

Mohamed Fuad Stephens, Tun (1920–1976)

merupakan Ketua Menteri Sabah yang pertama

dari tahun 1963 hingga 1965. Dia lahir pada 14

September 1920 di Kudat, Sabah. Dia dan

keluarganya memeluk agama Islam pada tahun

1971. Nama sebenarnya ialah Donald Stephens. Dia

menerima pendidikan di

Keningau, Jesselton (kini

Kota Kinabalu) dan

Sandakan. Dia meninggal

dunia pada 6 Jun 1976

dalam nahas kapal

terbang di Kota Kinabalu,

Sabah.

UMUM 

Kembali ke atas