| NAHDATUL ULAMA | NAHDATUL ULAMA, pertubuhan Islam di Indonesia. Nahdatul Ulama bererti kebangkitan ulama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| LESBUMI | LESBUMI, persatuan seniman dan budayawan muslim Indonesia. LESBUMI adalah singkatan Lembaga Seniman Budayawan Muslimin Indonesia. LESBUMI ditubuhkan oleh Nahdatul Ulama pada 28 Mac 1962 di Jakarta. LESBUMI berusaha untuk menghimpun para seniman dan budayawan Muslimin Indonesia dalam suatu wadah untuk menghadapi kritikan Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). | SASTERA | Institusi/Organisasi |
| BINA | BINA, badan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam di Sarawak. Badan ini ditubuhkan pada 3 Mei 1968. BINA ialah singkatan bagi Angkatan Nahdatul Islam Beratu. Antara tokoh yang terlibat dalam penubuhan BINA termasuklah Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub, Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Haji Anis Abot, Haji Deli Abdul Rahman dan Mohd. Mortadza Haji Daud. BINA didaftarkan secara rasmi pada 3 April 1969. Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub dilantik sebagai presiden pertamanya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
| MASYUMI | MASYUMI, parti politik beraliran Islam di Indonesia. MASYUMI ialah singkatan Majlis Syuro Muslimin Indonesia. Parti ini ditubuhkan pada 7 November 1943 di Yogyakarta dan merupakan gabungan daripada parti dan organisasi Islam sebelum Perang Dunia Kedua iaitu Muhammadiyah, Nahdatul Ulama (NU) dan Parti Sarekat Islam Indonesia (PSII). Parti ini merupakan lanjutan daripada organisasi sebelumnya iaitu Majlis Islam A’laa Indonesia (MIAI) yang ditubuhkan pada tahun 1937. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kegiatan |