Ribut pasir ialah tiupan angin yang membawa
pasir ke udara. Kebanyakan pasir yang
diterbangkan angin tidak naik melebihi 50
sentimeter tinggi tetapi sesetengah butir pasir
mungkin naik kira-kira dua meter tinggi. Purata
diameter butir pasir yang dibawa oleh angin
adalah antara 0.15 milimeter hingga 0.30 milimeter.
Semasa ribut pasir berlaku, angin mencapai
kelajuan 16 kilometer sejam atau lebih. Ribut itu
mungkin berlaku selama tiga jam hingga lima jam.
Taufan air ialah sejenis puting beliung yang
berlaku di atas permukaan tasik atau lautan. Taufan
air bermula apabila satu pusat tekanan udara rendah
terjadi, menyebabkan angin berpusar. Awan tebal,
hitam dan berputar-putar terbentuk, dengan satu
gumpalan udara yang berputar-putar mengunjur di
bawah awan ke permukaan air. Gumpalan udara ini
menjadi kelihatan apabila wap air dalam atmosfera
memeluwap dalam gumpalan itu dan air di
permukaan disedut naik daripada dasar gumpalan
itu.
Arus Peru ialah arus lautan yang sejuk, lebar
tetapi cetek di Lautan Pasifik. Ia mengalir dengan
perlahan ke arah utara di sepanjang pantai barat
Amerika Selatan. Di sepanjang pantai Peru, suhu
airnya ialah 8 ° C lebih sejuk daripada normal bagi
permukaan Lautan Pasifik di garis lintang tersebut.
Kebanyakan ahli sains percaya bahawa angin
meniup air permukaan yang panas, menyebabkan
air yang lebih sejuk dari bawah naik ke permukaan.
Arus ini juga dinamakan Arus Humboldt (lihat
Humboldt, Baron von ).
Thanks for clicking. That felt good.