Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata namanya

Peribahasa

Buruk,
     buruk kayu gaharu,
dibakar berbau juga.

Bermaksud :

Orang yang setia itu walau miskin sekalipun namanya tetap disebut orang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEQUOYAH

Sequoyah (1760?–1843) ialah lelaki kaum Asli

Amerika Cherokee yang mencipta satu sistem

tulisan untuk bahasa Cherokee. Dia dikenali

sebagai Cadmus of America (lihat Cadmus ). Pokok

sekuoia raksasa dan Taman Negara Sekuoia di

California, Amerika Syarikat, telah dinamakan

sempena namanya. Namanya sering dieja sebagai

Sequoya.

UMUM 
OLDS, RANSOM ELI

Olds, Ransom Eli (1864–1950) ialah pelopor

Amerika dalam penciptaan dan pembuatan kereta.

Dua buah kereta, Oldsmobile dan Reo (daripada

kependekan namanya), diberi nama bersempena

dengan namanya. Pada tahun 1886, dia mula

membuat eksperimen dengan pedati yang

digerakkan oleh kuasa wap di dalam kedai mesin

bapanya di Lansing, Michigan. Kemudian, dia

mencipta kereta wap empat roda yang dijualnya

kepada sebuah firma di India pada tahun 1893. Ini

merupakan kereta Amerika Syarikat yang pertama

dijual ke luar negara.

UMUM 
SELASA

Selasa ialah hari ketiga dalam seminggu. Namanya

( Tuesday dalam bahasa Inggeris) berasal daripada

perkataan Tiu , atau Tiw , iaitu ejaan Anglo-Saxon

bagi Tyr , nama dewa peperangan orang purba

Scandinavia dan Iceland. Tyr ialah anak lelaki

kepada Odin, atau Woden, yang hari Wednesday

(Rabu) dinamakan sempena namanya. Orang

Perancis menyebut hari Selasa Mardi , sempena

nama Mars, dewa peperangan orang Rom. Shrove

Tuesday , hari sebelum Lent dinamakan sedemikian

kerana biasanya pengakuan dibuat di hadapan

paderi pada hari itu dan orang yang mengaku

kesalahannya diberi pengampunan (dalam bahasa

Inggerisnya, Shriven atau Shrove ) oleh paderi.

Lihat juga Minggu.

UMUM 
IKAN PAIP

 Ikan paip mendapat namanya daripada
muncungnya yang panjang yang kelihatan seperti
tiub atau paip.

UMUMUmum
YU RIMAU

Yu rimau mendapat namanya daripada jalur

berwarna gelap yang ketara di belakang dan

sisinya. Warna keseluruhan ikan ini adalah

kelabu kebiruan.

UMUM 
BURUNG WHIP

Burung whip yang namanya diambil sempena

siulan yang berbunyi seperti sebatan cemeti yang

dihasilkan oleh burung whip timur . Burung ini

hidup di kawasan hutan hujan dan kawasan semak

di pantai timur Australia.

UMUM 
KANVAS

Kanvas ialah kain yang kasar dan kuat. Namanya

berasal daripada perkataan Latin yang bermakna

hem, yang pada asalnya digunakan untuk membuat

kanvas.

UMUM 
SIKLOP

Siklop ialah krustasea air tawar. Ia mendapat

namanya daripada Siklop, iaitu gergasi bermata satu

di tengah kepalanya dalam mitologi Yunani. Siklop

adalah krustasea kecil yang panjangnya sehingga

satu milimeter. Ia hidup di dalam air tenang tasik

atau kolam.

UMUM 
THORVALDSEN, BERTEL

Thorvaldsen, Bertel (1770–1844) ialah

pengarca Denmark. Namanya juga dieja sebagai

Thorwaldsen. Semasa hayatnya kebanyakan orang

menganggapnya sebagai pengarca terbaik di

Eropah. Thorvaldsen mengetuai gerakan

neoclassical , yang menjadikan tradisi klasik

tamadun purba Mediterranean terutamanya Yunani

sebagai asas gaya dan tema mereka.

UMUM 
ASID PIKRIK

Asid pikrik ialah sejenis bahan kimia industri.

Namanya berasal daripada perkataan Yunani

yang bermaksud pahit ; satu larutan asid di dalam

air mempunyai rasa pahit.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas