CHAUNCY, NAN | | UMUM | |
TUANKU NAN RENCEH | TUANKU NAN RENCEH ( ? - 1820-an), salah seorang pelopor gerakan padri di Minangkabau pada awal abad ke-19. Tuanku nan Renceh berasal dari Bukit Kamang, Agam, Sumatera Barat. Dia adalah salah seorang murid Tuanku nan Tuo di Koto Tuo, yang paling terkemuka. Dia ikut dalam gerakan pembaharuan ‘Kembali Kepada Syariat’ yang dilancarkan oleh Tuanku nan Tuo. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SABAI NAN ALUIH | SABAI NAN ALUIH, cerita rakyat Minangkabau. Sabai ertinya nama yang halus dan lemah lembut. Cerita Sabai nan Aluih sering dimainkan dalam randai (teater rakyat Minangkabah) dan dalam sandiwara moden di Minangkabau atau di Jakarta. | SASTERA | Konsep |
NANJING | Nanjing (pend. 2 210 000), juga dieja sebagai Nan-ching atau Nanking, merupakan pusat industri, pengangkutan dan kerajaan yang penting di timur tengah China. Bandar ini terletak di Sungai Yangtze, kira-kira 320 kilometer dari Laut China Timur. Untuk lokasi, lihat China (peta politik). Nanjing ialah ibu negeri wilayah Jiangsu dan pernah menjadi ibu negeri China. | UMUM | |
LIMAPULUH KOTO | LIMAPULUH KOTO, salah satu daerah inti kebudayaan Minangkabau atau disebut juga Luak nan Tigo iaitu Agam di sekitar kota Bukittinggi, Tanah Datar di sekitar kota Batu Sangkar dan Limapuluh Koto di sekitar kota Payahkumbuh. Pada masa pemerintahan Belanda, Luak nan Tigo, termasuk Limapuluh Koto disebut padangsche bovenlanden, iaitu daerah yang berbukit-bukau dan bergunung-ganang. Sebagai daerah inti kebudayaan Minangkabau, penduduk Limapuluh Koto mengamalkan sistem adat Koto Piliang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
ROSIHAN ANWAR | ROSIHAN ANWAR (1922- ), wartawan Indonesia. Dia lahir pada 10 Mei 1922 di Kubang Nan Dua, Sumatera Barat, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Hollandsch Inlandsche School (HIS), Padang. Pada tahun 1935, dia meneruskan pelajarannya di Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO) dan tamat pada tahun 1939. Rosihan kemudian melanjutkan pelajaran ke Algemeene Middlebare School (AMS), Jurusan A (bahagian Kesusasteraan Klasik Barat) di Yogyakarta, Jawa Tengah dan tamat pada tahun 1942. Dia pernah mengikuti kursus drama di Yale University, New Haven pada tahun 1950 dan kursus kewartawanan di School of Journalism di Columbia, New York pada tahun 1954. | SASTERA | Tokoh |
SIJOBANG | SIJOBANG, cerita rakyat (kaba) Minangkabau di daerah Lima Puluh Kota, Sumatera Barat, Indonesia. Nama cerita ini berasal daripada nama tokoh utamanya, Si Jobang Sati, yang lebih dikenali sebagai Anggun nan Tungga. Cerita sijobang dipercayai sudah wujud semenjak tahun 1855 berdasarkan naskhah yang ditemui yang mencatatkan tarikh tersebut. Cerita sijobang pernah dibukukan, tetapi di Sumatera Barat ia lebih dikenal sebagai cerita lisan yang didendangkan pada majlis perkahwinan. Cerita Anggun nan Tungga juga dipersembahkan dalam bentuk randai. | SASTERA | Karya |
JALALUDDIN | JALALUDDIN ( ? - ? ),pejuang undang-undang perdagangan Islam di Minangkabau. Jalaluddin dikaitkan dengan kebangkitan awal pergerakan pemulihan Islam di Minangkabau (1784 – 1803). Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia mendapat pendidikan awal daripada Tuanku Nan Tua, seorang syekh yang terkenal. Lebih kurang pada tahun 1784, Tuanku Nan Tua mengasaskan ‘surau’ Syatariyah di Kota Tua di Agam. Walaupun ‘surau’ pengajian mereka dalam ilmu kebatinan sesuai dengan persekitaran pertanian yang tenang, mereka dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan pesat pertanian perdagangan di rantau tersebut. Malah pemimpin mereka turut terlibat dalam perdagangan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PAYAKUMBUH | PAYAKUMBUH, kotamadya dan ibu kota kabupaten Lima Puluh Kota di bahagian timur Propinsi Sumatera Barat, Indonesia. la terletak di sekitar pergunungan Bukit Barisan. Luas wilayahnya ialah 8042 km persegi. Kotamadya Payakumbuh dilintasi oleh Sungai Agam, Batang Lampasi dan anak Sungai Sinaman. Menurut sejarahnya, perkataan payakumbuh berasal daripada bahasa Minangkabau 'kumbuah nan payau' yang bermaksud 'kumbuh yang subur'. Kumbuh adalah sejenis tanaman yang tumbuh di paya. Tanaman ini dahulu banyak terdapat di Koto Nan Gadang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PERTEMUAN | PERTEMUAN, novel karya A. Datuk Pamuncak Nan Sati. Novel ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1927 dan sudah pun diulang cetak sebanyak tiga kali. Cetakan yang terakhir pada tahun 1961. novel setebal 191 halaman ini mengandungi tujuh keping gambar karya Hasan Basri. Gambar kulit depan adalah tokoh utama, Masri yang cuba membunuh diri terjun ke tebing laut yang curam, tetapi berjaya ditangkap dari belakang oleh Rasdiana, kekasihnya. | SASTERA | Karya |