Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.ra.tif] | ناراتيف

Definisi : 1. cerita atau kisah tentang peristiwa, pengalaman, dll: bolehlah dikatakan bahawa sesuatu ~ spt cerpen, cereka dan sebagainya adalah merupakan hasil drpd prestasi linguistik; 2. yg menceritakan (mengisah­kan): gaya ~nya juga mirip karangan biasa; puisi ~ puisi (sajak) yg mengisahkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata naratif


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EVANGELINE

Evangeline ialah sebuah puisi naratif panjang

hasil karya penyajak Amerika, Henry Wadsworth

Longfellow. Puisi ini diterbitkan pada tahun 1847

dan berjaya meletakkan Longfellow sebagai salah

seorang penyajak popular pada tahun 1800-an.

UMUM 
PROSA BERIRAMAPROSA BERIRAMA, genre puisi Melayu tradisional. Isi prosa berirama berupa cerita atau naratif panjang, sama seperti cerita lipur lara dalam tradisi lisan dan karya-karya yang tergolong sebagai sastera rakyat atau sastera hikayat dalam tradisi tulisan. Ciri utama prosa berirama ialah keseluruhan cerita tersebut (dari awal hingga akhir) adalah dalam bentuk puisi yang digolongkan sebagai prosa lirik atau prosa berirama.SASTERAKarya
KESUSASTERAAN IRELAND

Kesusasteraan Ireland membayangkan

sejarah dan semangat orang Ireland dengan lebih

baik daripada sebarang bentuk kesenian yang lain.

Kesusasteraan ini terdiri daripada cerita rakyat,

puisi lirik dan naratif, drama, novel, dan cerpen.

Kesusasteraan Ireland terkenal kerana penggunaan

bahasanya yang imaginatif.

UMUM 
BURNS, ROBERT

Burns, Robert (1759–1796), penyair kebangsaan

Scotland. Dia menulis puisi naratif yang cemerlang,

seperti “Tam o’ Shanter” dan satira yang bijak,

termasuk “The Holy Fair”, “Address To The Deil “,

dan “Holy Willie’s Prayer”.

UMUM 
SASTERA EPIK

SASTERA EPIK, karya naratif yang pada awalnya digubah dalam bentuk puisi yang panjang yang kadangkala dikenal juga sebagai sastera pahlawan.  Sastera epik mengemukakan sifat kepahlawanan tokoh utamanya dalam satu tentetan peristiwa yang dianggap penting bagi perjalanan sejarah bangsa yang melahirkannya.

SASTERAKonsep
SYAIR SITI ZUBAIDAH PERANG CHINA

SYAIR SITI ZUBAIDAH PERANG CHINA, puisi Melayu tradisional. Syair ini ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi dan popular di kalangan masyarakat Melayu seluruh Nusantara. Syair naratif yang tidak diketahui nama pengarangnya ini dikarang oleh seseorang yang rapat dengan suasana kehidupan golongan istana, cara hidup golongan bangsawan dan cara hidup rakyat biasa yang mementingkan agama.

SASTERAKonsep
EPIK MELAYU

EPIK MELAYU, cerita tentang kewiraan atau kepahlawanan tokoh utama yang istimewa bagi bangsa Melayu. Epik selaunya digubah dalam bentuk puisi naratif yang panjang dengan menitikberatkan unsur kepahlawanan tokoh utamanya yang dicampuradukkan dengan unsur mitos, legenda, dongeng, dan cerita sejarah. Epik juga biasanya dianggap penting bagi perjalanan sejarah sesuatu bangsa, bahkan epik merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang melahirkan epik tersebut. Dengan kata lain, tumpuan penceritaan sebuah epik adalah  kepahlwanan wiranya. Sifat dan perlakuan yang bercirikan kepahlwanan sangat diutamakan. Wira harus bersedia menghadapi cabaran untuk membuktikan kehandalannya dan masyarakat dapat pula menerima dan mengakui kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya.

SASTERAPenerbitan
MASNAWI

MASNAWI, puisi Parsi yang dicipta atau dikembangkan oleh penyair sufi Parsi yang terkenal, Jalaluddin al-Rumi (m. 1273 M.).  Masnawi merupakan puisi panjang, baik yang berbentuk naratif seperti puisi epik Shah Nama oleh Firdausi (m. 1020 M.) mahupun puisi dedaktik Mathnawi karya al-Rumi.   Shah Nama terdiri daripada 60 000 rangkap dengan menggunakan polamatra mutaqarib dan Mathnawi mengandungi 25 000 rangkap dalam polamatra ramal.

SASTERAKarya

Kembali ke atas