Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.si] | ناسي

Definisi : 1. beras yg telah ditanak atau dikukus: telah lazim baginya setiap pagi memakan ~; mencari ~ mencari rezeki; 2. isi jerawat yg berwarna putih; ~ adap-adap = ~ adap-adapan = ~ damai nasi (biasanya nasi kunyit berserta lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~ angkatan nasi utk menjamu orang besar-besar; ~ ayam nasi yg dimasak dgn air rebusan ayam (biasanya berwarna kekuning-kuning­an) yg dimakan bersama-sama dgn daging ayam, yg biasanya dihidangkan dgn kicap, sup dan sambal cili; ~ berdetus nasi setengah ma­sak; ~ beriani nasi yg dimasak bersama-sama dgn daging atau ayam dan rempah; ~ besar nasi utk sesuatu upacara; ~ bungkus nasi yg dicampur dgn lauk-pauknya dan dijual dlm bungkus; ~ campur nasi yg lauknya dibubuh sekali dlm pinggan yg sama; ~ dagang nasi yg ditanak drpd beras lembut; ~ damai-damai a) nasi yg dimakan oleh pengantin laki-laki dan perempuan sbg tanda hidup mesra sesudah bersatu; b) nasi adap-adap; ~ datang = ~ lepat = ~ ketupat nasi yg dimasak dlm anyaman daun kelapa; ~ goreng nasi yg digoreng ber­sama perencahnya (spt udang, daging, sayur-sayuran, dsb); ~ hangit nasi yg hangit (kerana ter­­lalu besar apinya); ~ himpit = ~ kapit nasi yg ditanak dgn air yg berlebihan dan kemudian di­himpit (dimakan dgn kuah sate dll); ~ kabuli nasi yg bercampur lauk-pauk dan rempah-rem­­pah; ~ kerabu = ~ ulam nasi yg digaulkan dgn daun-daunan yg dihiris halus-halus; ~ kukus = ~ dandang nasi yg dikukus dlm dandang; ~ kunyit = ~ kuning pulut yg di­kuningkan dgn kunyit; ~ lecek nasi yg dilecek-lecek (utk makanan bayi); ~ lemak nasi yg ditanak dgn santan; ~ lembik nasi yg ditanak dgn ber­lebihan airnya; ~ lengat = ~ tim Id nasi yg di­kukus lembik; ~ mentah nasi yg tidak cukup masaknya; ~ minyak nasi yg dimasak dlm lemak atau minyak; ~ ramas Id nasi yg leng­kap dgn lauk-pauknya; ~ ransum = ~ kawah nasi yg dimasak dlm kawah utk orang ramai; ~ rawan nasi yg bercampur dgn sayur dan lauk-pauknya; ~ sorok Kd nasi yg dimakan dahulu sebelum memakan nasi minyak (pd kenduri); ~ suap-suap nasi kunyit yg di­suapkan oleh pengantin laki-laki kpd pengan­tin perempuan dan sebaliknya (ketika bersan­ding); ~ tambah a) nasi utk tambahan; b) ki tambahan kpd pendapatan yg tetap; ~ tangas = ~ kangkang nasi panas yg di­kangkangi isteri diiringi dgn jampi serapah, dan diberi makan kpd suami dgn tujuan utk memperbodoh suami; ~ tomato nasi yg dimasak dgn tomato puri dan dicampur dgn susu cair, biasanya dihi­dang­kan bersama-sama dgn ayam atau daging; ~ tumpang Kl nasi yg bercampur dgn lauk-pauknya dan dibungkus; ~ wajar nasi biasa sahaja (tidak dgn santan dll); ~ habis, budi bersama prb sahabat yg ke­tahuan buruk lakunya; ~ sama ditanak, kerak dimakan seorang prb perihal orang yg ber­sekutu tetapi keuntungan diambil seorang diri; ~ sudah menjadi bubur prb perbuatan yg sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi); ~ tak dingin pinggan tak retak prb orang yg cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja tetapi jarang yg rosak; apa boleh buat, ~ sedap menjadi tawar prb sese­orang itu apabila rosak hatinya akan ber­ubahlah perangainya; biar ~ terbuang asal jangan periuk pecah prb biar anak mati asal ibunya selamat (ketika bersalin); buat ~ tam­bah prb penambah penghasilan yg telah ada; membuangkan ~nya yg tersaji di lutut prb seseorang yg meninggalkan kerja yg senang lalu mencari pekerjaan yg lebih susah; me­nantikan ~ (disajikan) di mulut prb perihal orang yg pemalas menantikan pemberian orang atau takdir Tuhan sahaja; bernasi ada (dimasak) nasi: hari ini tidak ~;~ di balik kerak prb belum habis semuanya tentang sesuatu perkara (masih ada lagi hal yg belum diperiksa); tidak ~ di balik kerak prb orang yg sombong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.si] | ناسي

Definisi : ; jamur ~ sj cendawan yg boleh dimakan, Hydnum fragile. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.si] | ناسي

Definisi : ; ~ dingin sj tumbuhan (pokok), buah sakur, Xerospermum spp.; ~ rendam sj tumbuhan (pokok kecil), kayu-kayu hantu, mata gajah, Meliosma nitida; ~ sejuk sj tum­buhan (pokok renek), hempedal itik, Salacia flavescens; akar ~ sj tumbuhan (pokok me­manjat), membulu, Tinomiscium petiolare; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.si] | ناسي

Definisi : 1 beras yg sudah ditanak atau dimasak: ~ ayam nasi yg dimasak dgn lemak ayam; ~ beriani nasi yg dimasak bersama daging atau ayam berserta rempah; ~ kandar nasi yg dicampurkan sekali dgn lauk-pauknya dlm satu pinggan; ~ lemak nasi yg dimasak dgn santan dan dimakan dgn sambal tumis dll; ~ minyak nasi yg dimasak dgn minyak sapi atau lemak berserta rempah. 2 isi jerawat yg berwarna putih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nasi

Puisi
 

Gadis Minah mengepal nasi,
     Nasi mentah dikepal jangan;
Bismillah menguat nyanyi,
     Nyanyiku salah bergusal jangan.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Gulai sedap nasi mentah,
     nasi sedap gulai mentah.

Bermaksud :

Perbuatan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NASI NASI , beras yang telah dimasak. Nasi merupakan makanan asas orang Melayu. Nasi dimasak secara tanak iaitu direbus dengan air hingga kering. Ada juga nasi yang dikukus dengan menggunakan wap.BUDAYASumber/Bahan Alam
LONTONG

LONTONG, nasi yang direbus dalam kelonsong daun pisang. Setelah masak, nasinya sama seperti nasi himpit. Lontong berasal dari Jawa, dan popular di Johor dan Selangor.

BUDAYAMakanan
ULAMULAM, daun-daun dan buah-buahan yang dimakan mentah bersama-sama nasi dan sambal belacan.  Di Indonesia, ulam disebut ‘lalap’.  Daun-daun yang dimakan sebagai ulam seperti ulam raja, pegaga, daun salam, aring-aring dan kaduk.  Pucuk betik, bebuas, gajus, putat dan kedondong juga boleh dijadikan ulam.  Ulam jenis sayur ada yang dimakan mentah seperti timun, kubis, kacang panjang, kacang botol, cili dan buah-buahan seperti petai, jering, kerdas dan ada yang direbus seperti peria dan terung.BUDAYAMakanan
KENDURI

KENDURI, jamuan makan yang lazimnya didahului dengan bacaan doa, zikir dan seumpamanya yang diadakan sempena sesuatu peristiwa, seperti perkahwinan, kelahiran, ataupun mengingati sesuatu peristiwa seperti mengingati orang yang telah meninggal, upacara maulid dan seumpamanya.  Juadah yang dihidangkan itu bergantung pada jenis kenduri yang diadakan.  Kenduri bersempena majlis perkahwinan, biasanya dihidangkan nasi minyak; dan kenduri sempena mengkhatankan anak biasanya pulut kuning dihidangkan menyertai hidangan nasi.

BUDAYAKonsep
WAJIK

WAJIK,  penganan yang dibuat daripada beras pulut, gula dan santan.  Wajik juga dinamakan pulut kacau di kawasan utara Semenanjung Malaysia dan nasi manis di kawasan selatan.  Wajik yang dibuat daripada gula merah biasanya lembut jaringannya dan di utara, wajik jenis ini dinamakan pulut kacau gula merah.

BUDAYAMakanan
PADI

Padi adalah satu daripada tanaman makanan yang

paling penting di dunia. Lebih daripada separuh

penduduk di dunia memakan bijian ini sebagai

bahagian utama dalam makanan mereka. Hampir

semua penduduk yang bergantung pada padi

sebagai makanan tinggal di Asia. Dalam

sesetengah bahasa Asia, perkataan yang sama

bermakna makan dan makan nasi. Dalam bahasa

Sanskrit, iaitu bahasa purba dan bahasa suci

penganut agama Hindu di India, padi diberi nama

kedua yang bermakna “pengekal bangsa manusia”.

Kebanyakan beras dimakan dengan memasak

bijian berwarna putih.

UMUM 
SEMANGAT PADI

SEMANGAT PADI, kuasa ghaib yang dimiliki oleh padi dan dipercayai dapat menyuburkan padi, menjaga ladang, sawah padi dan dapat meningkatkan penghasilan.  Masyarakat Melayu pada asalnya ialah masyarakat pertanian.  Mereka bergantung pada sawah padi untuk keperluan makanan asasi iaitu nasi. Demi menjaga sawah padi supaya sentiasa mengeluarkan hasil padi untuk makanan serta kesejahteraan, orang Melayu mengadakan ritual.

BUDAYAKepercayaan
ILMU PENGASIH

ILMU PENGASIH, jampi, azimat, doa, ubat guna-guna dan seumpamanya yang digunakan oleh orang Melayu untuk menanam dan membangkitkan rasa kasih seseorang terhadap orang lain. Antara ilmu pengasih yang terdapat di kalangan masyarakat Melayu ialah ilmu tepuk bantal, pemanggil, penunduk dan nasi tangas.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas