NASI | NASI , beras yang telah dimasak. Nasi merupakan makanan asas orang Melayu. Nasi dimasak secara tanak iaitu direbus dengan air hingga kering. Ada juga nasi yang dikukus dengan menggunakan wap. | BUDAYA | Sumber/Bahan Alam |
LONTONG | LONTONG, nasi yang direbus dalam kelonsong daun pisang. Setelah masak, nasinya sama seperti nasi himpit. Lontong berasal dari Jawa, dan popular di Johor dan Selangor. | BUDAYA | Makanan |
ULAM | ULAM, daun-daun dan buah-buahan yang dimakan mentah bersama-sama nasi dan sambal belacan. Di Indonesia, ulam disebut ‘lalap’. Daun-daun yang dimakan sebagai ulam seperti ulam raja, pegaga, daun salam, aring-aring dan kaduk. Pucuk betik, bebuas, gajus, putat dan kedondong juga boleh dijadikan ulam. Ulam jenis sayur ada yang dimakan mentah seperti timun, kubis, kacang panjang, kacang botol, cili dan buah-buahan seperti petai, jering, kerdas dan ada yang direbus seperti peria dan terung. | BUDAYA | Makanan |
KENDURI | KENDURI, jamuan makan yang lazimnya didahului dengan bacaan doa, zikir dan seumpamanya yang diadakan sempena sesuatu peristiwa, seperti perkahwinan, kelahiran, ataupun mengingati sesuatu peristiwa seperti mengingati orang yang telah meninggal, upacara maulid dan seumpamanya. Juadah yang dihidangkan itu bergantung pada jenis kenduri yang diadakan. Kenduri bersempena majlis perkahwinan, biasanya dihidangkan nasi minyak; dan kenduri sempena mengkhatankan anak biasanya pulut kuning dihidangkan menyertai hidangan nasi. | BUDAYA | Konsep |
WAJIK | WAJIK, penganan yang dibuat daripada beras pulut, gula dan santan. Wajik juga dinamakan pulut kacau di kawasan utara Semenanjung Malaysia dan nasi manis di kawasan selatan. Wajik yang dibuat daripada gula merah biasanya lembut jaringannya dan di utara, wajik jenis ini dinamakan pulut kacau gula merah. | BUDAYA | Makanan |
PADI | Padi adalah satu daripada tanaman makanan yang paling penting di dunia. Lebih daripada separuh penduduk di dunia memakan bijian ini sebagai bahagian utama dalam makanan mereka. Hampir semua penduduk yang bergantung pada padi sebagai makanan tinggal di Asia. Dalam sesetengah bahasa Asia, perkataan yang sama bermakna <I>makan I>dan <I>makan nasiI>. Dalam bahasa Sanskrit, iaitu bahasa purba dan bahasa suci penganut agama Hindu di India, padi diberi nama kedua yang bermakna “pengekal bangsa manusia”. Kebanyakan beras dimakan dengan memasak bijian berwarna putih. | UMUM | |
SEMANGAT PADI | SEMANGAT PADI, kuasa ghaib yang dimiliki oleh padi dan dipercayai dapat menyuburkan padi, menjaga ladang, sawah padi dan dapat meningkatkan penghasilan. Masyarakat Melayu pada asalnya ialah masyarakat pertanian. Mereka bergantung pada sawah padi untuk keperluan makanan asasi iaitu nasi. Demi menjaga sawah padi supaya sentiasa mengeluarkan hasil padi untuk makanan serta kesejahteraan, orang Melayu mengadakan ritual. | BUDAYA | Kepercayaan |
ILMU PENGASIH | ILMU PENGASIH, jampi, azimat, doa, ubat guna-guna dan seumpamanya yang digunakan oleh orang Melayu untuk menanam dan membangkitkan rasa kasih seseorang terhadap orang lain. Antara ilmu pengasih yang terdapat di kalangan masyarakat Melayu ialah ilmu tepuk bantal, pemanggil, penunduk dan nasi tangas. | BUDAYA | Konsep |