SINN FÉIN | Sinn Féin ialah parti politik nasionalis yang memainkan peranan penting dalam usaha memperjuangkan Republik Ireland yang merdeka. Dalam perkataan Gaelik, ia bermaksud kita sendiri. Wartawan Ireland, Authur Griffith, membentuk Sinn Féin sebagai Persatuan Nasionalis Ireland pada tahun 1905. Pada masa itu Ireland adalah sebahagian daripada Great Britain. Sinn Féin mendesak orang Ireland supaya tidak membayar cukai, membantu Parlimen British, pasukan tentera atau mematuhi perintah Mahkamah British. | UMUM | |
PIAGAM JAKARTA | PIAGAM JAKARTA, persetujuan yang dicapai antara nasionalis Islam dengan nasionalis (kebangsaan) Indonesia mengenai pembentukan negara bangsa Indonesia menjelang pengisytiharan kemerdekaan Indonesia. Persetujuan ini telah dicapai oleh Badan Penyelidik Usaha-Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI), iaitu satu panitia yang telah dibentuk pada 28 Mei 1945. Pada sidang kedua BPUPKI, satu panitia kecil telah ditubuhkan. Ahli-ahlinya terdiri daripada Sukarno, Mohammad Hatta, A.A. Maramis, Abiskusno Tjokrosujoso, Abdul Kahar Muzakar, Haji Agus Salim, Ahmad Subardjo, Wahid Hasjim dan Muhammad Yamin. Pada 22 Jun 1945, panitia ini berjaya mencapai suatu modus persetujuan yang kemudian dikenal sebagai Piagam Jakarta (Jakarta Charter). Kandungan Piagam Jakarta hampir sepenuhnya tercermin dalam Pembukaan Undang-Undang Dasar 1945 (UUD 45), iaitu sistem pemerintahan negara Indonesia. Modus persetujuan itu juga mempengaruhi rumusan rancangan UUD bagi Indonesia merdeka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PERIKATAN NASIONAL INDONESIA | Parti politik beraliran nasionalis radikal di Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SUARDI SURYANINGRAT | Suardi Suryaningrat (1889–1959), nasionalis Indonesia yang terkenal. Dia mengasaskan sistem pendidikan yang dikenal sebagai Taman Siswa (taman bagi pelajar). Namanya juga dieja sebagai Suwardi. Bagi perkara yang berkaitan dengan kerjanya, dia menggunakan nama baru, Ki Hajar Dewantara. Sebagai tanda penghormatan kepadanya, pada setiap tahun Indonesia meraikan hari lahirnya, 2 Mei, sebagai Hari Pendidikan Kebangsaan, Indonesia. | UMUM | |
ONN JAAFAR, DATO' | Onn Jaafar, Dato’ (1895–1962), nasionalis, ahli politik dan pentadbir. Dia lahir di Bukit Gambir, Muar, Johor. Ayahnya, Dato’ Jaafar Muhammad (1868-1919) adalah Menteri Besar Johor yang pertama. | UMUM | |
KIAI SALLEH | Kiai Salleh (1916–1956) ialah nasionalis Melayu yang menentang Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) yang melakukan kekejaman ke atas orang Melayu yang dikatakan pro-Jepun. Kiai Salleh menubuhkan pasukan tentera yang dikenali sebagai Tentera Selendang Merah untuk melancarkan penentangan tersebut. | UMUM | |
PERGERAKAN FENIAN | Pergerakan Fenian ialah kumpulan pejuang yang ditubuhkan oleh nasionalis Ireland untuk membebaskan Ireland daripada pemerintahan Inggeris. Pada akhir tahun 1850-an, negarawan Ireland yang dikenali sebagai Fenian mula merancang revolusi untuk mencapai kemerdekaan. Kumpulan Fenian mendapat namanya daripada Fianna, kumpulan wira mitos orang Ireland (lihat Kesusasteraan Ireland [Kisah kewiraan cinta, dan rupa]). | UMUM | |
PERARAKAN DANDI | Perarakan Dandi ialah perarakan yang dilakukan oleh pemimpin nasionalis India, Mohandas Gandhi, dan pengikut-pengikutnya pada tahun 1930. Pada 12 Mac tahun tersebut, Gandhi bersama-sama 78 orang pengikutnya memulakan perarakan 24 hari dari Sabarmati Ashram, berhampiran Ahmadabad, melalui kampung-kampung Gujarat hingga ke laut di Dandi, iaitu sejauh lebih kurang 380 kilometer. | UMUM | |
ABDULLAH SANGGORA | ABDULLAH SANGGORA (1921-1998), nasionalis dan budayawan. Dia lahir pada 6 Mei 1921 di Rembau, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Abdullah Haji Kassim | BUDAYA | Konsep |
KESATUAN MELAYU MUDA | Kesatuan Melayu Muda (KMM) ialah parti politik yang diasaskan oleh pemimpin-pemimpin nasionalis radikal Melayu pada tahun 1938. Presiden pertamanya ialah Ibrahim Yaakob. | UMUM | |