NASIONALISME | Nasionalisme ialah perasaan kekitaan rakyat sebagai sebuah bangsa. Nasionalisme termasuk perasaan setia kepada bangsa dan bangga dengan kebudayaan dan sejarahnya. Dalam politik, nasionalisme dikaitkan dengan kepercayaan bahawa kerajaan harus dibentuk berdasarkan sekumpulan rakyat yang dipanggil bangsa. Para nasionalis secara umumnya percaya bahawa setiap kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebuah bangsa harus mempunyai sebuah negara. Parti- parti politik nasionalis atau kebangsaan secara umumnya menekankan hak kebangsaan mereka untuk merdeka – iaitu “hak untuk menentukan kehidupan sendiri”. | UMUM | |
PERANG DUNIA PERTAMA | Perang yang berpunca daripada kebangkitan Nasionalisme dan pertelingkahan di kalangan kuasa-kuasa besar Eropah untuk melindungi bangsa masing-masing. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
AHMAD BOESTAMAM | Ahmad Boestamam (1920–1983), tokoh politik, sasterawan, dan wartawan Malaysia. Ahmad Boestamam mempunyai semangat nasionalisme yang kental dan seorang yang gigih dalam bidang kewartawanan dan penulisan. | UMUM | |
O'CONNOR, THOMAS POWER | O’Connor, Thomas Power (1848 –1929) ialah wartawan dan ahli politik Ireland yang menjadi wira dalam nasionalisme Ireland. Dia berkhidmat dalam Parlimen British dari tahun 1880 hingga tahun 1929. O’Connor lahir di Athlone, dalam kaunti Westmeath. Dia mula bekerja sebagai wartawan bagi sebuah surat khabar Dublin pada tahun 1867. Dia kemudian mengasaskan dan menyunting Star London, Sunday Sun, T.P’s Weekly, dan akhbar- akhbar lain yang diterbitkan di London. Dia juga menulis buku dan makalah. | UMUM | |
MAAHAD EL-EHYA AL-SHARIF | Maahad el-Ehya al-Sharif, sekolah agama dan pusat gerakan nasionalisme Melayu Islam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
REVOLUSI 1848 | Revolusi 1848 melibatkan satu siri pemberontakan yang berlaku di Perancis, Jerman, dan Empayar Austria, termasuklah sebahagian Itali. Punca-punca tercetusnya revolusi ini termasuklah desakan untuk menubuhkan kerajaan berperlembagaan; semangat nasionalisme yang meningkat di kalangan bangsa Jerman, Itali, Hungary, dan Czech; dan juga tentangan kaum petani terhadap sistem manor (sistem pemilikan tanah oleh kaum bangsawan) di bahagian Jerman dan Empayar Austria (lihat Manorialisme ). | UMUM | |
SUN YAT-SEN | Sun Yat-sen (1866–1925), negarawan dan pemimpin revolusi China, berjuang untuk menubuhkan sebuah Republik China. Dia umumnya dikenali sebagai Bapa Revolusi. Sun terlalu idealistik untuk menjadi seorang pemimpin politik yang berkesan. Namun Tiga Prinsip Rakyat yang diketengahkannya (nasionalisme, demokrasi, dan sosialisme) menjadi panduan kepada Republik China, yang ditubuhkan pada tahun 1912. Sun lahir di daerah Zhongshan di Provinsi Guangdong. Ibu bapanya miskin. Dia belajar di sekolah mubaligh Kristian di Hong Kong dan Honolulu, dan menjadi seorang doktor. Dari tahun 1895 hingga tahun 1911, dia banyak mengembara di Amerika Syarikat, Jepun, dan Eropah untuk meraih simpati bagi prinsip republik, dan untuk mencari bantuan kewangan bagi pergerakan revolusinya menentang Dinasti Manchu. Dia dibantu oleh masyarakat China di seberang laut dan pesimpati Inggeris, Amerika dan Jepun. | UMUM | |
DARWAZAH, MUHAMMAD ‘IZZAH | Darwazah, Muhammad ‘Izzah (1306 –1404 H/1888–1984 M) ialah sasterawan dan ahli sejarah yang berasal dari Palestin. Dia lahir di bandar Napies di Palestin. Dia mendapat pendidikan di Palestin dan memegang banyak jawatan penting seperti Pengarah Hal-Ehwal Islam Palestin. Darwazah menyertai gerakan nasionalisme di Palestin. Dia kehilangan pendengaran pada tahun 1352 H, menyebabkan dia hanya menumpukan perhatian terhadap bidang pembacaan dan penulisan. Dia menghasilkan lebih daripada 50 buah buku dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang pengajian al-Qur’an dan sejarah. | UMUM | |
MADRASAH AL-DINNIYAH | MADRASAH AL-DINNIYAH, madrasah untuk pelajar perempuan dan pusat gerakan nasionalisme Melayu Islam. Madrasah ini terletak di Kampung Lalang, Padang Rengas, Perak. Madrasah yang didirikan oleh Syekh Junid Tola pada tahun 1935 ini merupakan cawangan Madrasah Yahyawiyah, yang khusus untuk pelajar lelaki. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MAAHAD AL-EHYA ASSHARIF | MAAHAD AL-EHYA ASSHARIF, sekolah agama dan pusat gerakan nasionalisme Melayu Islam. Sekolah ini didirikan pada 15 April 1934, di Gunung Semanggol, Perak. Pengasasnya ialah Abu Bakar al-Baqir, Ustaz Abdul Rahman dan Penghulu Abdul Manaf. Al-Ehya Assharif membawa maksud ‘menghidupkan kemuliaan’. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |