| NASIR, AL-UMAWIY AL- | Nasir, al-Umawiy al- (277–350 H./890–961 M.) ialah orang pertama memakai gelaran “ khalifah ” di kalangan pemerintah kerajaan Umawiyyah di Andalus. Nama sebenarnya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn ‘Abdullah ibn Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman ibn al-Hakam al-Rabdiy ibn Hisham ibn ‘Abd al-Rahman al-Dakhil. Dia lahir dan meninggal dunia di Cordova. Dia membesar dalam keadaan yatim di bawah jagaan datuknya. | UMUM | |
| SYED NASIR ISMAIL, TUN | Syed Nasir Ismail, Tun (1921–1982) ialah tokoh bahasa dan ahli politik. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat, Johor. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di Government English School, Batu Pahat dan lulus Senior Cambridge pada tahun 1938. Setelah menamatkan pelajaran pada peringkat menengah, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim dan mengambil kursus Penolong Nazir sekolah-sekolah. | UMUM | |
| ASAD, NASIR AL-DIN AL- | Asad, Nasir al-Din al- (1923– ), sasterawan, sarjana, pengkaji, ahli politik dan pendidik yang berpengalaman. Dia lahir di bandar al-‘Aqabah, Jordan. Dia menyambung pelajarannya di Fakulti Bahasa Arab di al-Quds lalu memperoleh Ijazah kelas dua dan Diploma Pendidikan pada tahun 1943. Kemudian, dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang sastera pada tahun 1947, Ijazah Sarjana pada tahun 1951, dan pada tahun 1955, doktor falsafah daripada Universiti al- Azhar. | UMUM | |
| SYED NASIR ISMAIL, TUN | SYED NASIR ISMAIL, Tun, (1921-1982), tokoh bahasa dan ahli politik. Beliau lahir pada 7 Mac 1921 di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat. Kemudian, beliau memasuki Government English School Batu Pahat hingga lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1938. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| MOHAMED NASIR, DATO' | MOHAMED NASIR, Dato’ (1916-1997), ahli politik, Menteri Besar Kelantan (1974-1977). Dia lahir pada 1 Januari 1916 di Kampung kota, Kota Baharu, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di kampungnya. Pada tahun 1937, Mohamed lulus dari Kolej Pertanian Serdang. Kemudian dia berkhidmat di Pejabat Pertanian. Semasa Perang Dunia Kedua meletus, Mohamed menyertai Pasukan Sukarelawan Kelantan untuk menentang tentera Jepun. Dia menerima Bintang George VI dan Bintang Pasifik dari kerajaan British atas khidmatnya dalam pasukan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| SALAH AL-DIN AL-AYYUBI (532–589 H. / 1137–1193M.) | SALAH AL-DIN AL-AYYUBI (532–589 H. / 1137–1193M.), digelar al-Malik al-Nasir dan pemimpin tentera Islam yang terkenal. Nama penuhnya ialah Yusuf ibn Ayyub ibn Shadiy ibn Marwan ibn Ya‘qub al-Duwiniy, al-Takritiy al-Mawlid Abu Muzaffar, Salah al-Din al-Ayyubi. Ayahnya Najm al- Din berasal dari Duwin, sebuah negeri di Azerbaijan di bahagian Aran dan al-Karaj. Dia berasal daripada keturunan al-Rawadiyyah dan juga daripada Kabilah al-Huzbaniyyah yang merupakan antara kabilah Kurdis yang terbesar. Kabilah al-Huzbaniyyah yang diketuai oleh Mujahid al-Din Bahruz, iaitu ketua pengawal tentera Iraq yang tiba di Tikrit setelah kekuatannya tersusun lengkap dan kabilahnya memberi khidmat kepadanya dalam keadaan inilah lahirnya Salah al-Din. | UMUM | |
| USUL AL-TAUHID | USUL AL-TAUHID, kitab karangan Syekh Husein Nasir bin Muhammad Raiyob al-Mas’udi al-Banjari. Judul lengkap kitab ini ialah Usul al-Tauhid fi Ma’rifat Turuq al-Iman li al-Rab al-Majid. Pengarang kitab ini lebih dikenali dengan nama Tuan Hussein Kedah. Kitab ini diselesaikan penulisannya pada tahun 1927. Manuskrip asli kitab ini belum ditemui. Beberapa edisi cetakannya yang awal yang dapat dikesan ialah edisi cetakan ketiga atas perintah Sultan Iskandar Syah, Perak. Cetakan tersebut dilakukan oleh Matba’ah Zainiyah, Taiping, Perak pada tahun 1936. Dari cetakan ketiga ini dapat diketahui bahawa cetakan pertama pada tahun 1928 dan cetakan kedua pada tahun 1933 juga oleh Matba’ah Zainiyah, Taiping, Perak. Cetakan ketiga mengandungi 57 halaman. Selain itu kitab ini juga turut dicetak oleh The United Press, Pulau Pinang, pada tahun 1393 H. dengan usaha Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin al-Rawa, cetakan ini mengandungi 83 halaman. Cetakan terakhir ini ditashih oleh Yusuf al-Rawa. | SASTERA | Kitab |
| MUSTA‘SIM BILLAH, AL- | Musta‘sim Billah, al- (609 H.–656 H./1212 M.– 1258 M.), iaitu khalifah kerajaan Abbasiyyah di Baghdad yang terakhir. Nama penuhnya ialah ‘Abdullah al-Musta‘sim billah ibn Mansur al- Mustansir Billah ibn Muhammad al-Zahir ibn Ahmad al-Nasir. Dia ialah cucu kepada Harun al- Rashid. Dia lahir dan dibesarkan di Baghdad. Dia dilantik sebagai khalifah selepas kewafatan ayahnya pada tahun 640 H./1242 M., ketika bahaya sedang mengancam kerajaan Abbasiyyah dari segenap penjuru. | UMUM | |
| TUAN HUSSAIN KEDAH | TUAN HUSSAIN KEDAH (1863 – 1936), ulama. Dia lahir pada 2 November 1863 di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Nama sebenarnya ialah Tuan Hussain bin Muhammad Nasir bin Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari. Dia adalah seorang ulama terkenal di Kedah. Moyangnya, Syekh Arsyad al-Banjari (1710 – 1812) adalah mufti negeri Banjar (Banjarmasin, Kalimantan). Datuknya, Haji Muhammad Taib, seorang ulama dan mufti Kedah pada abad ke-19. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| BERJASA | BERJASA, parti politik. BERJASA ialah angkatan bagi Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia. Parti ini didaftarkan pada 30 Januari 1978 dan Datuk Mohamed Nasir dilantik sebagai yang dipertuanya yang pertama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |