AQIDAT AL-NAJIN | Kitab usuluddin. Naskhah aslinya yang berjudul Umm al_Barahin dikarang oleh Muhammad Yusof al-Sanusi (1490). Aqidat al-Najin bermakna Akidah Orang-orang yang Berjaya. Naskhah ini merupakan naskhah asli usuluddin yang amat popular. Kitab ini menjadi panduan akidah penting terutama bagi pengikut aliran Asy’ari dan kerap dibicarakan sama ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. | SASTERA | Kitab |
HIKAYAT SERI KELANTAN | HIKAYAT SERI KELANTAN, naskhah sejarah pemerintahan negeri Kelantan. Naskhah ini dipercayai ditulis pada 5 Februari 1914 (9 Rabiulawal 1332H). Penulis asal naskhah ini tidak diketahui. | SASTERA | Karya |
SYAIR BURUNG | SYAIR BURUNG, puisi Melayu Tradisional. Syair Burung mengandungi ajaran Islam. Naskhah syair ini terdapat di Jakarta dan Leiden. Naskhah di Jakarta (Bat. Gen. 61) yang ditulis pada 30 Syawal 1248 H. Menyebut seorang yang bernama Talib, pedagang di Malabar sebagai penulisnya. Naskhah di Leiden (KL. 171) yang ditulis pada tahun 1857 menyebut Raja Hassan, anak Raja Ali dari Pulau Penyengat sebagai penulis. Syair ini pernah dicap batu di Singapura dan Jambi. Naskhah di Jakarta diterbitkan oleh Jumsari Jusuff dan rakan-rakan. | SASTERA | Konsep |
MASHAF | Mashaf, naskhah al-Qur’an yang bertulis tangan. Mashaf yang pertama dihasilkan dalam sejarah Islam ialah Mashaf Abu Bakar. | AGAMA | Konsep |
HIKAYAT UPU DAENG MENAMBUN | HIKAYAT UPU DAENG MENAMBUN, sastera sejarah. Naskhah ini pertama kali disalin daripada mikrofilem dalam bentuk tulisan Jawi oleh Zabidah Ahmad. Tidak ada maklumat tentang naskhah dan nama pengarangnya. Hikayat ini kemudian diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1980. | SASTERA | Karya |
SYAIR AGUNG | SYAIR AGUNG, puisi Melayu tradisional. Syair Agung merupakan syair Melayu bercorak romantis yang terpanjang di dunia. Jumlah rangkapnya ialah 9341. Naskhah asal syair ini ada tersimpan di Perpustakaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan nombor rujukan MS 20. Naskhah ini terdapat dalam tiga jilid. Jilid pertama mengandungi 408 halaman, jilid kedua 307 halaman dan jilid ketiga 281 halaman. Jumlah halaman keseluruhan ialah 996. Ukuran naskhah ialah 21 cm x 17 cm. | SASTERA | Konsep |
SYAIR YATIM NESTAPA | SYAIR YATIM NESTAPA, puisi Melayu tradisional. Terdapat tiga naskhah syair ini iaitu satu di Jakarta dan dua di Leiden. Naskhah di Jakarta (v.d. W. 253) sudah diterbitkan oleh Klinkert dalam Drive Maliesche Gedichten (Tiga Syair-syair Melayu) dari halaman 153 hingga 269 pada tahun 1886. Naskhah ini juga pernah dicap batu, antaranya oleh Matba’ Muhammadi yang dimiliki oleh Ali Bahai dan Sulaiman Marie di Singapura. Syair ini juga pernah menjadi tesis latihan ilmiah Mohd. Hashim Taib d Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1966. | SASTERA | Konsep |
RINGKASAN CETERA KELANTAN | RINGKASAN CETERA KELANTAN, sebuah karya sejarah negeri Kelantan. Teks ini disusun pada 4 Januari 1933 dan dicetak oleh The al-Asasiyah Press Co. Kelantan pada tahun 1934. Naskhah yang tersimpan di Perpustakaan Besar Universiti Malaya dicetak batu dengan menggunakan tulisan Jawi, berukuran 21 cm x 14.5 cm. Cetakan ini dibuat berdasarkan naskhah asal yang dikarang oleh Datuk Haji Nik Mahmud bin Ismail (Datuk Perdana Menteri Paduka Raja) yang telah diserahkan kepada Pejabat Pelajaran Kelantan. Ringkasan Cetera Kelantan ini ditulis berdasarkan tulisan peringatan Pak Wan Mahmud, Menteri Besar, yang ditulis pada tahun 1197 H. Naskhah ini adalah untuk kegunaan murid-murid darjah tinggi sekolah-sekolah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Karya |
PANJI NARAWANGSA | PANJI NARAWANGSA, cerita panji. Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1989. Buku ini adalah terjemahan daripada cerita Panji Narawangsa dalam bahasa dan tulisan Jawa. Terbitan ini berdasarkan naskhah kepunyaan Balai Pustaka, Jakarta. Naskhah kepunyaan Balai Pustaka ini pula berdasarkan naskhah Brandes No. 295 yang tersimpan di Museum Pusat, Jakarta. | SASTERA | Penerbitan |
SYAIR MADI | SYAIR MADI, puisi Melayu tradisional, Syair ini dipercayai telah dikarang oleh Raja Abdullah bin Raja Jaafar, dari Riau. Beberapa versi daripada syair ini boleh didapati di Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Nasional Jakarta dan Perpustakaan University Leiden. Versi di Perpustakaan Negara Malaysia diberi nombor MS 429. Naskhah ini tidak lengkap, ada bahagian yang hilang bahkan penyalinnya tidak menyelesaikan syair ini pada keseluruhannya. Naskhah di University Leiden, Belanda diberi nombor KL 131. | SASTERA | Konsep |