Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.tar] | ناتر

Definisi : warna dasar (pd kain), tanah kain: tat­kala hamba berbaju putih diikatnya dgn cindai ~ merah; bernatarkan mempunyai atau menggunakan sesuatu warna sbg natar: corak menjalar yg ~ putih tampak ceria bersama paduan daun hijau berbunga lembayung; ® latar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata natar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAIN PELANGI

KAIN PELANGI, kain yang ragam hiasnya dibuat dengan teknik ikat celup. Perkataan ‘pelangi’ merujuk teknik menghias permukaan kain berwarna natar. Kain yang sesuai digunakan untuk membuat kain pelangi ialah sutera creape dan kapas. Teknik ini dikatakan berasal dari India, China, Jepun, Jawa dan Bali walaupun cebisan kain pelangi terawal telah dijumpai di Peru. Teknik resis digunakan untuk membentuk ragam hias warna-warni seperti pelangi.

BUDAYAKraf Tangan
BALDU DEWANGGA

BALDU DEWANGGA, sejenis kain yang berasal dari India, Arab, Parsi dan China. Kain dewangga bererti kain yang indah untuk menutupi anggota badan dipakai oleh golongan bangsawan. Istilah dewangga umumnya merujuk kepada sejenis kain yang bercorak indah (biru atau kuning di atas kain natar merah). Dengan penggunaan bahan tertentu disebut lengkap sebagai sutera dewangga atau baldu dewangga. Kain ini juga dikenal sebagai ainulbanat atau kamkha. Misalnya pada abad ke-14, China pernah mengirim bingkisan ke Melaka iaitu sutera benang emas kamkha dewangga, yang bererti kain daripada benang sutera yang dihias dengan sulaman benang.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas